Wednesday, August 29, 2012

Persahabatan...

Assalamualaikum W.B.T...

Selamat malam semua..entry malam ni lebih kepada luahan jela kot..tak ada yang menarik..tetibe rasa sebak pulak bila bff kata tahun ni mungkin tahun terakhir kiteorang beraya sesama..yelah InsyaAllah tahun depan ada yang nak mendirikan rumah tangga tentu ada tanggungjawab lain..rasa sebak pulak jadinya...nak buat macam mana kalau persahabatan yang kiteorang bina dari umur 7tahun sampai 25 tahun buat aku sebak kalau-kalau masing2 tak boleh nak hang out macam sekarang ni..apa yang mampu aku buat berdoa supaya persahabatan yang kami bina ni kekal hingga akhir hayat..senang nak cari kawan TETAPI susah nak jumpa SAHABAT SUSAH SENANG..selama 18tahun ni kami berkawan bukan tidak pernah bergaduh bukan tidak pernah terasa hati bukan tidak pernah bertegur sapa tapi kawan tetap kawan sahabat tetap sahabat..jika betul kawan sejati bergaduh macam mana pun tetap baik semula..tetap menyokong dibelakang antara 1 sama lain...ibarat terluka hati yang lain turut merasakan kepedihan tersebut...Ya Allah..peliharalah ikatan persahabatan yang kami bina supaya sentiasa mendapat keredhaan-Mu..Harap2 jumaat ni bukan raya terakhir kami bersama-sama akan ada setiap tahun biarpun masing-masing bakal alam perkahwinan..

Gambar kenangan sebelum masing-masing belajar...



Last Raya 2010 lengkap kami berlima beraya bersama-sama..

Sunday, August 26, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥


kredit to..yang berkaitan..tak pasti jumpa kat mana...

Rahsia Allah