Wednesday, October 24, 2012

Kenegerian...



Tetiba terlintas dalam fikiran aku masa drive balik rumah tadi..elok tengah aku bawak kereta sempat lagi otak ni terfikir benda alah ni.dalam otak penat dan lagi kan...

Asal tetiba aku bukak cerita pasal ni??entah mungkin otak aku tengah laju sebab keje siang malam...hahahah..konon sangatkan...direct teruslah tak payah kona sini kona sana...aku terfikir salah negeri kah jika seseorang itu tidak molek perangai??apa kaitan negeri yang tidak bernyawa itu patut disalahkan??orang selalu cakap "orang negeri sembilan tu bla-bla..." " orang melaka memang suka bla-bla.." salah negeri ke sebenarnya??

Meh aku bagi contoh lebih tepat lah kan taknak amek negeri orang lain aku amek negeri aku sendiri lah senangkan...ini contoh yer aku bagi jangan korang saman aku pulak kalau salah cakap ke apa yer "ko ni betul ke serius dengan nurul farhana tu???dia orang negeri sembilan.ko tau jelah kalau kawen dengan orang negeri sembilan ni nanti boleh jadi papa kedana"...hahhh..nampak tak contoh yang aku bagi???hooiiii..tolong lah open minded sikit kalau kawen dengan orang selain n9 tu pasti ke tak jadi papa kedana???tu semua adat yang diamalkan oleh orang dulu-dulu..

Aku bagi contoh ke-2 la pulak nak bagi nampak.."amboii..mulot ko memang tak ada insuranskan cakap main lepas je tak fikir perasaan orang..tula orang melaka suka cakap kasar.."yang ni lagi tak munasabah kot salahkan melaka sebab orang dia cakap kasar2..tolonglah..sesapa boleh cakap kasar sesapa jugaklah mulut tu tak ada insurans...korang paham tak apa aku cuba sampaikan malam ni??tak paham tak apalah aku cuma cari apa kaitan negeri dengan attitute seseorang itu...

Kesimpulan yang aku rasalah kan "kebanyakkan orang" yang "berperangai' macam tu sedikit sebanyak mengheret kenegerian itu..bagi aku tak adil kita mengaitkan negeri dengan orang sebab kita ni sebagai manusia yang dikurniakan akal sepatutnya membentuk peribadi sendiri...sebab tu orang pernah cakap tutur kata..perangai itu melambangkan SIAPA kita...jangan kita jadi punca orang terus salahkan kenegerian kita dek segelintir yang bermasalah...bak kata nurul farhana "tak kenal tak cinta dah kenal jatuh cinta" berkawan biar seribu bercinta biarlah satu...(hahah...otak kelaut dah).

Orang negeri sembilan dengan orang melaka kalau terjumpa entry aku ni jangan kondem okeh..aku cuma berbicara mengenai hal ini jer..tu semua contoh yang aku beri..macam aku kata tadi lar tak kenal tak cinta dah kenal jatuh cinta...tak semua itu teruk tak semua itu indah..masing-masing ada kelemahan kan...jom baiki kelemahan diri....



ehem-ehem: aku orang kuala lumpur cuma kampung dekat negeri sembilan tak caya tengok surat beranak aku kat HKL tu..jumpa tak...hihhhiihi...

Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hujung minggu

2,3 hari ni macam ada mood nak masuk blog dan meninggalkan jejak dalam diari alam maya ni...ekoran tak dapat makan satay hari ni jenjalan dengan angah dan mak..seronok dapat duduk belakang dan tinggalkan keje part time sebagai driver..

Kalau ikutkan dari semalam mak sebut nak pergi IKEA jadi hari ni kiteorang pergi la sana...second time aku ke ikea..kononnya second time ni aku ok la pergi sana tapi.....oh no..bukan tempat aku nak shopping ke atau nak window jer..masuk dalam tu 5minit kepala aku dah pening tengok ramai orang dan bunyi agak bising dengan budak-budak...

Ingatkan masa first time tu tempat baru ke rasa pelik macam tu..second time jadi jugak jadi kesimpulan bukan tempat aku lar nak jalan-jalan kat tempat orang kaya ni...taraf alamanda je rupanya aku ni...hehehehe...last-last kiteorang pusing balik cari jalan keluar...tangan dapat sambar lilin wangi jer..kekonon nak beli rak kasut..yang ado jelah..

Lepas tu masuk the curve cari big apple..rupanya macam2 jenis ada makanan yer kat tempat2 orang kaya ni..antara pernah dengar dengan tak je kedai tu semua...oleh sebab kiteorang tak makan tengah hari jadi pergi cyberjaya nak telan nasi arab pulak...ok puas hati dapat makan nasi arab...kali ni anep ada join kiteorang makan nasi arab..nampaknya tangguh dulu satay ke hari lain...

Cukup-cukup la tu...tak tahu nak tulis apa lagi...cuma harap esok semangat pergi kerja dan ceria sepanjang hari...semangat..semangat untuk esok..dah lah aku nak siap-siap nak keluar jalan-jalan menikmati keindahan putrajaya...

Saturday, October 20, 2012

Jatuh...

Suka dengan lagu ni...
Terus jatuh suka lepas tengok cerita sweet lakonan Beto Kusyairy dan Siti Saleha
Jom hayati bait-bait lirik lagu ni..
Jom layan lagu jatuh by Liyana Fizi




Macam mana?dah dengar??korang jatuh jugak tak??
lagi satu kalau korang rajin dengar lagu adamu by najwa latif
pun best jugak aku suka lagu najwa latif ni terasa dekat dengan-Nya..







p/s:sakit kepala dari pagi tadi tak hilang malam g makan aiskrim dekat tutti frutti...penat nak cari rezeki halal ni kan...

Sunday, October 14, 2012

GELAP!!!!

Selaamt malam sayang-sayangku sekalian...

Walaupun ada secoet yang follow cerita aku ni tapi ok la nama pun blog privatekan...saya tak mahu dikenali sangat tak payah jadi blogger famous amos pun kan...aku dalam dilema sekarang ni sebab macam2 ang terjadi sejak kebelakangan ni...dugaan sungguh..

GELAP!!!aku tak suka gelap...aku suka terang-terang sebab apa??aku kan PENAKUT jadi memang tak suka gelap gelita...nampaknya esok aku kena kerja balik awal sebelum Sang Matahari mengucapkan selamat malam dan Sang bulan menjengahkan diri...ada kaitan ke gelap ngan aku balik malam ke?kan biasa sebulan 2bulan lepas memang hari-hari balik malam ker???

Ni gara-gara gate otomatik tu tak berfungsi dengan jayanya..kena pulak bukak secara manual...oh itu sudah buat hati ini berbelah bagi nak balik malam minggu ni...tak kugagahkan turun kereta bukak gate tu sebab ada lampu besar tajaan TNB depan rumah TAPIIIIIII tadi mak ayah aku balik ari kampung aku keluar rumah tengok GELAP GELITA ok...macam dekat kampung-kampung tu..oh no!!!tak jadi lar aku balik malam sampai lampu dan pagar aku elok balik..

Jadi penakut ni payah weh...banyak teruk dari faedahnya...sebab tu lar aku tak suka aktiviti-aktiviti camping ni..kalau ikutkan sejarah hidup aku cuma 2kali aku ikut kem kat sekolah dulu masa form 1 ngan form 3...taubat lepas tu aku nak join2 aktiviti2 macam ni...dok rumah lagi semangat...ok lah malas nak taip panjang-panjang tapi aku tak suka gelap-gelap ni..nak cerah-cerah jer....

Ok bai...jumpa next entry....nak gosok baju esok nak bangun awal pergi keje pun awal malas nak turun naik kete tutup gate tu..baik pergi keje ngan semua dalam rumah ni...


p/s:Tak boleh lupa black out masa duduk rumah FRIM bangun-bangun tengok gelap gelita meraba cari pintu tak jumpa..TRAUMA..

Tuesday, October 9, 2012

Sisi gila Nurul Farhana

Selamat pagi wahai sekalian...



Pagi yang nyaman sebab malam tadi hujan tapi tak tau la betul ke tak tengok luar rumah macam hujan je semalamkan..tetiba aku buat entry sisi gila kat atas tu kan..sebenarnya aku sangat...sangat..sangat MENGANTOK hari ni disebabkan aku cuma dapat tidur 1jam 30Minit jer...

Aku rasa badan aku ni dah ada tanda-tanda orang stress or orang tak cukup rehat la...sebab apa kan sekarang ni aku keje balik kol9 malam setiap hari jadi masa aku nak berehat tu macam kejap jer sebab balik rumah bukannya mandi terus tidur..bukak fb bukak twitter dan sekarang ni aku dah dapat balik kegilaan aku main game kat fb tu hah...haruslah aku tido dekat2 jam12 kan...habis tu tidur aku lena semacam tak dan mimpi nak menjengah hari siang..bangun..bangun..bangun pergi kerja ok...

Semalam aku tak dapat tidur padahal badan dah letih bangat dok opis bukan goyang kaki buat kerja sampai kol 9malam...ohh bukan senang yer nak cari rezeki halal ni..kena keluarkan tenaga tulang 4kerat ni yer...dah aku tak boleh tidur jadi aku baca novel aku yang tebal 1389ms tu sampai habis sambil2 tu aku main game kat fb...dari 12.30 ke 1.30 ke 2.30 akhirnya aku paksa mata tidur jam 3.30pagi sebab aku nak bangun sahur hari kol5pagi...kesimpulannya aku mengantok tahap gaban sebab ni lar....

Aku dah tak semangat nak buat fail-fail peminjam atas meja ni..otak ni dok fikir alangkah best dapat bantal ngan selimut pagi-pagi ni...otak fokus..fokus..fokus..tanggungjawab awak tu kan...amanah dah diberi...kena dengar lagu-lagu semangat aku la jawabnya supaya segar bugar kan...ok la nak print penyata peminjam pastu bukak lagu kuat dan buat kerja....


p/s: rasa bahagia tengok rak buku penuh dengan novel-novel..kegilaan aku yang belum dapat dihapuskan...

Saturday, October 6, 2012

Pengantin baru

Selamat malam semua...


Entry khas buat kawan aku...selamat pengantin baru buat Eila dan Fadzli budak opis aku...dorang selamat menjadi suami isteri pada 28/9/2012 bersamaan hari jumaat..tahniah budak korang selamat pengantin baru buat eila dan suami..semoga perkahwinan korang berdua berkekalan hingga ke jannah...selamat berhanimun ke sabah..jangan lupa ole2 untuk nurul yer...semoga perkahwinan korang diceriakan dengan kehadiran baby yer eila..tak sabar nak tunggu eila dgn perut besar..


Tak lupa jugak buat jaja ngan shafiq..selamat pengantin baru buat korang berdua..tak sangka jodoh korang bila dah besar ni kan...padahal masa tadika..sekolah rendah..sekolah menengah takde beramah mesra pun..pandang-pandang gitu jer tapi Jodoh itu kan Rahsia ALLAH beberapa bulan korang beramah mesra di fb terus bertunang dan sekarang selamat menjadi suami isteri...hebatkan kuasa Allah...menyatukan cinta korang...buat jaja..yang dah dewasa selamat pengantin baru semoga ikatan yang korang bina berkekalan hingga ke jannah..semoga perkahwinan korang diberkati Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...Doakan aku pulak ikut jejak langkah korang lepas ni...doakan jugak aku jumpa bapa penyayang untuk anak2 aku pembimbing aku dunia dan akhirat...InsyaAllah...


Tuesday, October 2, 2012

N3 pertama dibulan Oktober

Selamat pagi

Macam biasa pagi yang suram kebanyakan orang baru nak panaskan badan untuk start bekerja...minggu pertama didalam bulan oktober..akhir bulan September yang macam2 terjadi...ok..dugaan yang Allah nak bagi..mana dengan pas hilang tapi dipermudahkan oleh-Nya untuk jumpa balik mana dengan apeQ meragam di mc'D bangi jam 10malam...minggu depan kena 'bayar hutang' jangan buat2 lupa nak bayar..nanti Allah marah..hutang dengan Allah Wajib BAYAR...dah niat dan janji harus tunaikan...harap-harap dipermudahkan...

Takder benda nak cerita sebenarnya cuma untuk bulan 10 ni aku berjaya menambahkan koleksi novel aku sebanyak SEPULUH buah novel..kikikiki...rak buku sudah penuh mana nak campak novel2 ku itu..minggu lepas sampai hari ni sampai lagi..kompem budak mel kata aku ni gila asyik novel je yang sampai kat mel opis aku ni...nak buat macam mana dah hobi aku ni lebih kearah novelkan...tinggalkan aku dalam kedai buku 1hari 1malam pun aku sanggup...ok..nanti nak hantaran kahwin aku ada novel...(bakal suami sila redhakan minat bakal isteri anda)

Mesti ada yang nak tau publisher mana yang aku selalu borong novel?Ehhh..ada ke?ntah lar..ada ker..takde pun xpe..kan blog aku ni persendirian kan..secret2 jela aku nak menulis ni...kot lah 1hari aku jadi penulis pulak kan...biasanya aku beli on9 jer dekat kaki novel,karyaseni,jemari seni sebab ada diskaun...hihihi..aku ni kalau beli novel banyak kalau bagi diskaun 3,4 ringgit tu dah rasa berbaloi-baloi kot...kalau novel alaf21, buku prima, Fajar Pakeer biasanya dekat MPH jela..ni pun kad MPH pun lama tak guna..dok on9 setiap bulan jer...aku ada impiam kalau sebut sal novel ni..hope tercapai la apa yang aku idam-idamkan ni...




P/S: aku taip entry ni sambil dengar lagu raya...ohhhoiii...raya dah habis baru nak dengar ker....