Friday, December 21, 2012

Testing ajer

Berlintas Lansung dari desa pinggiran Putra...testing Kemain kan..

Wednesday, October 24, 2012

Kenegerian...



Tetiba terlintas dalam fikiran aku masa drive balik rumah tadi..elok tengah aku bawak kereta sempat lagi otak ni terfikir benda alah ni.dalam otak penat dan lagi kan...

Asal tetiba aku bukak cerita pasal ni??entah mungkin otak aku tengah laju sebab keje siang malam...hahahah..konon sangatkan...direct teruslah tak payah kona sini kona sana...aku terfikir salah negeri kah jika seseorang itu tidak molek perangai??apa kaitan negeri yang tidak bernyawa itu patut disalahkan??orang selalu cakap "orang negeri sembilan tu bla-bla..." " orang melaka memang suka bla-bla.." salah negeri ke sebenarnya??

Meh aku bagi contoh lebih tepat lah kan taknak amek negeri orang lain aku amek negeri aku sendiri lah senangkan...ini contoh yer aku bagi jangan korang saman aku pulak kalau salah cakap ke apa yer "ko ni betul ke serius dengan nurul farhana tu???dia orang negeri sembilan.ko tau jelah kalau kawen dengan orang negeri sembilan ni nanti boleh jadi papa kedana"...hahhh..nampak tak contoh yang aku bagi???hooiiii..tolong lah open minded sikit kalau kawen dengan orang selain n9 tu pasti ke tak jadi papa kedana???tu semua adat yang diamalkan oleh orang dulu-dulu..

Aku bagi contoh ke-2 la pulak nak bagi nampak.."amboii..mulot ko memang tak ada insuranskan cakap main lepas je tak fikir perasaan orang..tula orang melaka suka cakap kasar.."yang ni lagi tak munasabah kot salahkan melaka sebab orang dia cakap kasar2..tolonglah..sesapa boleh cakap kasar sesapa jugaklah mulut tu tak ada insurans...korang paham tak apa aku cuba sampaikan malam ni??tak paham tak apalah aku cuma cari apa kaitan negeri dengan attitute seseorang itu...

Kesimpulan yang aku rasalah kan "kebanyakkan orang" yang "berperangai' macam tu sedikit sebanyak mengheret kenegerian itu..bagi aku tak adil kita mengaitkan negeri dengan orang sebab kita ni sebagai manusia yang dikurniakan akal sepatutnya membentuk peribadi sendiri...sebab tu orang pernah cakap tutur kata..perangai itu melambangkan SIAPA kita...jangan kita jadi punca orang terus salahkan kenegerian kita dek segelintir yang bermasalah...bak kata nurul farhana "tak kenal tak cinta dah kenal jatuh cinta" berkawan biar seribu bercinta biarlah satu...(hahah...otak kelaut dah).

Orang negeri sembilan dengan orang melaka kalau terjumpa entry aku ni jangan kondem okeh..aku cuma berbicara mengenai hal ini jer..tu semua contoh yang aku beri..macam aku kata tadi lar tak kenal tak cinta dah kenal jatuh cinta...tak semua itu teruk tak semua itu indah..masing-masing ada kelemahan kan...jom baiki kelemahan diri....



ehem-ehem: aku orang kuala lumpur cuma kampung dekat negeri sembilan tak caya tengok surat beranak aku kat HKL tu..jumpa tak...hihhhiihi...

Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hujung minggu

2,3 hari ni macam ada mood nak masuk blog dan meninggalkan jejak dalam diari alam maya ni...ekoran tak dapat makan satay hari ni jenjalan dengan angah dan mak..seronok dapat duduk belakang dan tinggalkan keje part time sebagai driver..

Kalau ikutkan dari semalam mak sebut nak pergi IKEA jadi hari ni kiteorang pergi la sana...second time aku ke ikea..kononnya second time ni aku ok la pergi sana tapi.....oh no..bukan tempat aku nak shopping ke atau nak window jer..masuk dalam tu 5minit kepala aku dah pening tengok ramai orang dan bunyi agak bising dengan budak-budak...

Ingatkan masa first time tu tempat baru ke rasa pelik macam tu..second time jadi jugak jadi kesimpulan bukan tempat aku lar nak jalan-jalan kat tempat orang kaya ni...taraf alamanda je rupanya aku ni...hehehehe...last-last kiteorang pusing balik cari jalan keluar...tangan dapat sambar lilin wangi jer..kekonon nak beli rak kasut..yang ado jelah..

Lepas tu masuk the curve cari big apple..rupanya macam2 jenis ada makanan yer kat tempat2 orang kaya ni..antara pernah dengar dengan tak je kedai tu semua...oleh sebab kiteorang tak makan tengah hari jadi pergi cyberjaya nak telan nasi arab pulak...ok puas hati dapat makan nasi arab...kali ni anep ada join kiteorang makan nasi arab..nampaknya tangguh dulu satay ke hari lain...

Cukup-cukup la tu...tak tahu nak tulis apa lagi...cuma harap esok semangat pergi kerja dan ceria sepanjang hari...semangat..semangat untuk esok..dah lah aku nak siap-siap nak keluar jalan-jalan menikmati keindahan putrajaya...

Saturday, October 20, 2012

Jatuh...

Suka dengan lagu ni...
Terus jatuh suka lepas tengok cerita sweet lakonan Beto Kusyairy dan Siti Saleha
Jom hayati bait-bait lirik lagu ni..
Jom layan lagu jatuh by Liyana Fizi




Macam mana?dah dengar??korang jatuh jugak tak??
lagi satu kalau korang rajin dengar lagu adamu by najwa latif
pun best jugak aku suka lagu najwa latif ni terasa dekat dengan-Nya..







p/s:sakit kepala dari pagi tadi tak hilang malam g makan aiskrim dekat tutti frutti...penat nak cari rezeki halal ni kan...

Sunday, October 14, 2012

GELAP!!!!

Selaamt malam sayang-sayangku sekalian...

Walaupun ada secoet yang follow cerita aku ni tapi ok la nama pun blog privatekan...saya tak mahu dikenali sangat tak payah jadi blogger famous amos pun kan...aku dalam dilema sekarang ni sebab macam2 ang terjadi sejak kebelakangan ni...dugaan sungguh..

GELAP!!!aku tak suka gelap...aku suka terang-terang sebab apa??aku kan PENAKUT jadi memang tak suka gelap gelita...nampaknya esok aku kena kerja balik awal sebelum Sang Matahari mengucapkan selamat malam dan Sang bulan menjengahkan diri...ada kaitan ke gelap ngan aku balik malam ke?kan biasa sebulan 2bulan lepas memang hari-hari balik malam ker???

Ni gara-gara gate otomatik tu tak berfungsi dengan jayanya..kena pulak bukak secara manual...oh itu sudah buat hati ini berbelah bagi nak balik malam minggu ni...tak kugagahkan turun kereta bukak gate tu sebab ada lampu besar tajaan TNB depan rumah TAPIIIIIII tadi mak ayah aku balik ari kampung aku keluar rumah tengok GELAP GELITA ok...macam dekat kampung-kampung tu..oh no!!!tak jadi lar aku balik malam sampai lampu dan pagar aku elok balik..

Jadi penakut ni payah weh...banyak teruk dari faedahnya...sebab tu lar aku tak suka aktiviti-aktiviti camping ni..kalau ikutkan sejarah hidup aku cuma 2kali aku ikut kem kat sekolah dulu masa form 1 ngan form 3...taubat lepas tu aku nak join2 aktiviti2 macam ni...dok rumah lagi semangat...ok lah malas nak taip panjang-panjang tapi aku tak suka gelap-gelap ni..nak cerah-cerah jer....

Ok bai...jumpa next entry....nak gosok baju esok nak bangun awal pergi keje pun awal malas nak turun naik kete tutup gate tu..baik pergi keje ngan semua dalam rumah ni...


p/s:Tak boleh lupa black out masa duduk rumah FRIM bangun-bangun tengok gelap gelita meraba cari pintu tak jumpa..TRAUMA..

Tuesday, October 9, 2012

Sisi gila Nurul Farhana

Selamat pagi wahai sekalian...



Pagi yang nyaman sebab malam tadi hujan tapi tak tau la betul ke tak tengok luar rumah macam hujan je semalamkan..tetiba aku buat entry sisi gila kat atas tu kan..sebenarnya aku sangat...sangat..sangat MENGANTOK hari ni disebabkan aku cuma dapat tidur 1jam 30Minit jer...

Aku rasa badan aku ni dah ada tanda-tanda orang stress or orang tak cukup rehat la...sebab apa kan sekarang ni aku keje balik kol9 malam setiap hari jadi masa aku nak berehat tu macam kejap jer sebab balik rumah bukannya mandi terus tidur..bukak fb bukak twitter dan sekarang ni aku dah dapat balik kegilaan aku main game kat fb tu hah...haruslah aku tido dekat2 jam12 kan...habis tu tidur aku lena semacam tak dan mimpi nak menjengah hari siang..bangun..bangun..bangun pergi kerja ok...

Semalam aku tak dapat tidur padahal badan dah letih bangat dok opis bukan goyang kaki buat kerja sampai kol 9malam...ohh bukan senang yer nak cari rezeki halal ni..kena keluarkan tenaga tulang 4kerat ni yer...dah aku tak boleh tidur jadi aku baca novel aku yang tebal 1389ms tu sampai habis sambil2 tu aku main game kat fb...dari 12.30 ke 1.30 ke 2.30 akhirnya aku paksa mata tidur jam 3.30pagi sebab aku nak bangun sahur hari kol5pagi...kesimpulannya aku mengantok tahap gaban sebab ni lar....

Aku dah tak semangat nak buat fail-fail peminjam atas meja ni..otak ni dok fikir alangkah best dapat bantal ngan selimut pagi-pagi ni...otak fokus..fokus..fokus..tanggungjawab awak tu kan...amanah dah diberi...kena dengar lagu-lagu semangat aku la jawabnya supaya segar bugar kan...ok la nak print penyata peminjam pastu bukak lagu kuat dan buat kerja....


p/s: rasa bahagia tengok rak buku penuh dengan novel-novel..kegilaan aku yang belum dapat dihapuskan...

Saturday, October 6, 2012

Pengantin baru

Selamat malam semua...


Entry khas buat kawan aku...selamat pengantin baru buat Eila dan Fadzli budak opis aku...dorang selamat menjadi suami isteri pada 28/9/2012 bersamaan hari jumaat..tahniah budak korang selamat pengantin baru buat eila dan suami..semoga perkahwinan korang berdua berkekalan hingga ke jannah...selamat berhanimun ke sabah..jangan lupa ole2 untuk nurul yer...semoga perkahwinan korang diceriakan dengan kehadiran baby yer eila..tak sabar nak tunggu eila dgn perut besar..


Tak lupa jugak buat jaja ngan shafiq..selamat pengantin baru buat korang berdua..tak sangka jodoh korang bila dah besar ni kan...padahal masa tadika..sekolah rendah..sekolah menengah takde beramah mesra pun..pandang-pandang gitu jer tapi Jodoh itu kan Rahsia ALLAH beberapa bulan korang beramah mesra di fb terus bertunang dan sekarang selamat menjadi suami isteri...hebatkan kuasa Allah...menyatukan cinta korang...buat jaja..yang dah dewasa selamat pengantin baru semoga ikatan yang korang bina berkekalan hingga ke jannah..semoga perkahwinan korang diberkati Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...Doakan aku pulak ikut jejak langkah korang lepas ni...doakan jugak aku jumpa bapa penyayang untuk anak2 aku pembimbing aku dunia dan akhirat...InsyaAllah...


Tuesday, October 2, 2012

N3 pertama dibulan Oktober

Selamat pagi

Macam biasa pagi yang suram kebanyakan orang baru nak panaskan badan untuk start bekerja...minggu pertama didalam bulan oktober..akhir bulan September yang macam2 terjadi...ok..dugaan yang Allah nak bagi..mana dengan pas hilang tapi dipermudahkan oleh-Nya untuk jumpa balik mana dengan apeQ meragam di mc'D bangi jam 10malam...minggu depan kena 'bayar hutang' jangan buat2 lupa nak bayar..nanti Allah marah..hutang dengan Allah Wajib BAYAR...dah niat dan janji harus tunaikan...harap-harap dipermudahkan...

Takder benda nak cerita sebenarnya cuma untuk bulan 10 ni aku berjaya menambahkan koleksi novel aku sebanyak SEPULUH buah novel..kikikiki...rak buku sudah penuh mana nak campak novel2 ku itu..minggu lepas sampai hari ni sampai lagi..kompem budak mel kata aku ni gila asyik novel je yang sampai kat mel opis aku ni...nak buat macam mana dah hobi aku ni lebih kearah novelkan...tinggalkan aku dalam kedai buku 1hari 1malam pun aku sanggup...ok..nanti nak hantaran kahwin aku ada novel...(bakal suami sila redhakan minat bakal isteri anda)

Mesti ada yang nak tau publisher mana yang aku selalu borong novel?Ehhh..ada ke?ntah lar..ada ker..takde pun xpe..kan blog aku ni persendirian kan..secret2 jela aku nak menulis ni...kot lah 1hari aku jadi penulis pulak kan...biasanya aku beli on9 jer dekat kaki novel,karyaseni,jemari seni sebab ada diskaun...hihihi..aku ni kalau beli novel banyak kalau bagi diskaun 3,4 ringgit tu dah rasa berbaloi-baloi kot...kalau novel alaf21, buku prima, Fajar Pakeer biasanya dekat MPH jela..ni pun kad MPH pun lama tak guna..dok on9 setiap bulan jer...aku ada impiam kalau sebut sal novel ni..hope tercapai la apa yang aku idam-idamkan ni...




P/S: aku taip entry ni sambil dengar lagu raya...ohhhoiii...raya dah habis baru nak dengar ker....

Friday, September 21, 2012

Happy..happy..happy..

Selamat petang semua...

Setelah sekian lama tak posting pape hari ni terasa jari nak menari diatas keyboard komputer ni...Wahhh..ni memang hepi bebenor nie...hihihihi...tetibe mood hari ni baik sangat sampai nak senyum je sampai balik...dalam dok hepi ni ada jugak lar yang buat sakit hati...mana ni novel2 yang diorder tak sampai2 lagi..penat kot dah 2minggu buat payment masih tak sampai....kalau tak pos lagi inform lah ni tanya kat fb buat derk jer...mau tak hangin???xkan nk meroyan macam orang tak ada ilmu baru nak balas kan...macam mana nak ada pelanggan kalau benda kecik ni tak boleh handle...Ohh..baru rasa macam mana perasaan orang yang beli novel melalaui online ni berminggu tunggu novel tak kunjung tiba...fuhhh!!lap peluh kat dahi...

Serius tak kisah kalau ada orang kata membazir asyik beli novel ke apa...sebab aku dah penat2 keje senin ke jumaat apa salah kalau aku melabur untuk kepuasan diri sendiri...lain orang lain hobinya..kira ok apa aku dok membaca dari aku buang duit tak tentu hala tak nampak lagi parahkan...sebelum 2,3 buah tu kira ok apa..ada jugak aktiviti yang nak buat...untuk bulan2 akan datang ni aku kena kurangkan duit untuk novel..sebab apa???tak leh g tau lagi tapi ada kaitan dengan benda hepi yang aku rasa ni...

Jadi untuk hujung tahun ini sampai tahun depan aku kena FOKUS simpan cuti simpan duit...paling penting CUTI sebab awal tahun depan InsyaAllah ada rezeki aku nak cuti 2minggu..mesti nak tanya nak pergi manakan???kalau rezeki aku tahun depan dapat lah mencari CINTA ABADI kan..mudah2an aku berpeluang untuk aku jejak disana..so Nurul Farhana jangan gatal-gatal nak malas pergi kerja okeh...Azam kena semat dalam hati ni...ok lah nak tengok balik kalendar 2013...



Nota bebel:nampaknya pergi balik kerja bergelap...moga urusan aku dipermudahkan Allah..dalam mencari rezeki..Amin..

Wednesday, August 29, 2012

Persahabatan...

Assalamualaikum W.B.T...

Selamat malam semua..entry malam ni lebih kepada luahan jela kot..tak ada yang menarik..tetibe rasa sebak pulak bila bff kata tahun ni mungkin tahun terakhir kiteorang beraya sesama..yelah InsyaAllah tahun depan ada yang nak mendirikan rumah tangga tentu ada tanggungjawab lain..rasa sebak pulak jadinya...nak buat macam mana kalau persahabatan yang kiteorang bina dari umur 7tahun sampai 25 tahun buat aku sebak kalau-kalau masing2 tak boleh nak hang out macam sekarang ni..apa yang mampu aku buat berdoa supaya persahabatan yang kami bina ni kekal hingga akhir hayat..senang nak cari kawan TETAPI susah nak jumpa SAHABAT SUSAH SENANG..selama 18tahun ni kami berkawan bukan tidak pernah bergaduh bukan tidak pernah terasa hati bukan tidak pernah bertegur sapa tapi kawan tetap kawan sahabat tetap sahabat..jika betul kawan sejati bergaduh macam mana pun tetap baik semula..tetap menyokong dibelakang antara 1 sama lain...ibarat terluka hati yang lain turut merasakan kepedihan tersebut...Ya Allah..peliharalah ikatan persahabatan yang kami bina supaya sentiasa mendapat keredhaan-Mu..Harap2 jumaat ni bukan raya terakhir kami bersama-sama akan ada setiap tahun biarpun masing-masing bakal alam perkahwinan..

Gambar kenangan sebelum masing-masing belajar...



Last Raya 2010 lengkap kami berlima beraya bersama-sama..

Sunday, August 26, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥


kredit to..yang berkaitan..tak pasti jumpa kat mana...

Rahsia Allah






Monday, July 16, 2012

Happy 3th Anniversary...

Selamat pagi...morning..semangat untuk bekerja pada hari isnin?InsyaAllah..

Sabtu hari tu bersamaan 14 Julai 2012 genap kami and the geng telah selamat melepasi 3tahun yang ditetapkan...wahhhh...kelas kau dah dapat taraf berpencen..sebelum ni tetap je..ni tetap dan berpencen...kelas kau maria...pejam celik pejam celik dah 3tahun...kira macam hadiah besday jugak lar...dah dapat pencen ni..3tahun lepas rasa macam hadiah besar besday dapat kerja tetap..Alhamdulillah...

Kalau ikutkan genap aku kerja dalam gomen ni dah 5tahun lah..termasuklah kontrak 2tahun dekat UM...teringat sungguh gelagat kiteorang masa lapor diri dekat MOF dulu sementara nak dapat posting mana..hati dup dap dup dap..takut tak dapat putrajaya...menangis mak nanti..bukan anak mak yang nangis...(Oh..tipu..aku pun boleh nangis...dasar anak mak kan...)..korang bayangkan la duduk dalam library dekat 2minggu lebih baru tau posting kat mana...bosan tau tak...ape pun tak boleh...

Masa dalam library tu ramai sangat kot dekat 30orang ada lah..macam2 gelagat aku nengok..mana muka masam mana muka sedih mana muka tak ada perasaan mana muka tengah seronok mana muka senih manjang...aku tau dalam diri masing2 risau kat mana tercampak posting tu kan...keje kami tido...tido...tido dan tido...pastu dok habiskan air dalam library....teringat kak zura yang suka kelentong kata dia kerabat sultan brunei..mati-mati aku caya....

Ntah..kenangan manis aku rasa lapor diri dekat MOF tu...habis penat jerih 2tahun aku mencari kerja tetap...dalam masa sama sayang nak tinggalkan opis lama...takut nak join alam baru...aku ni bukan suka senyum kat orang...sekali tengok macam sombong pun ada...dan paling penting jadi perhatian untuk dikritik sebab sombong!!!hahahah...nurul syafiqah...ko tak kenal aku sapa dah cop sombong..pastu jadi mangsa kutuk lak tu...aku muka je sombong ce try la kawan dulu..ting tong ke tak...baru tau penat ke tak layan aku..yang penting aku muka tak malu ngan korang jer..dah nama kawan nak malu apa ye dak..

3tahun sudah..semoga persahabatan antara kita semua bukan penghujung yer korang..kak fira,anis,kak su,kak liza,kak zura,izan,yan,kak ju,kak azni,asma,jackie,hazeem,sazleh,fizi dll...nak sebut sorang ramai sangat batch aku dulu...semoga kita lebih cemerlang..lebih dedikasi dalam menjalankan tugas...amanah dalam memikul tugas yang telah diberi...topupkan kesabaran dalam menjalankan tugas bak kata kak fira...last sekali nak cakap  "HAPPY ANNIVERSARY UOLL"

Jom tengok muka budak baru masuk kerja.....comel je kan memasing....kenangan masa sambut jamuan raya seksyen akaun..masing2 takut2 jer..maklum la budak baru 2bulan kerja..hihihi...












P/s: nak hadiah koranggggggg...


Tuesday, July 10, 2012

Dilemma..dilemma...

Assalamualaikummm...

"Kuatkan radio..kuatkan radio anda..kuatkan radio...kuatkan radio..aku yang patut..."

Intro pagi ni ada lagu sikit..tatau awat suka lagu ni..sweet pulak dengar banyak kali..ada kaitan ke tajuk entry dengan lagu ni??takder sebenarnya..cuma aku dalam dilema nak beli digital camera yang mana satu...yang mana 1 idaman hati...semua aku tengok cantik semua nak beli...kalau banyak duit tak apa jugak kan...

Aku ada servey jugak kat dalam intenet ni banyak sangat la pandangan orang..ada kata nikon better dari conan..tapi lumix pun better gak...so sekarang ni tak tahu mana satu..camera lama aku tu dah nazak sebelum waktunya...budak harraz pergi jatuhkan ke lantai dah taknak tutup zoom dia tu...oiiiii anak buah aku betul lar..nak marah benda dah jadi bukan dapat betul balik..redha jela..(Tapi aku g marah adik2 aku sapa suruh tak tengok apa anak buah dorang ni...)

Sebab apa aku nak beli camera??henpon kan ada...henpon aku pun rosak sekarang ni..tu pun pinjam henpon yang ada lebih kat rumah...yang tak ada memory card..daif sungguh la henpon baru aku tu...sebut henpon aku pun dilema mana 1 nak beli...hati nak sangat pakai iphone..tapi kalau pakai haruslah aku sorok doploh empat jam kang jatuh mau la aku nanges setahun...bila dah ramai anak buah ni macam2 kerenah ada..sabar jelah kan...

Kembali kepada cerita camera tadi la kan...dari semalam aku dok servey dalam internet ni..orang kata amik lar DSLR tu..tapi aku ni bukan nak amek gambar macam orang pro tu..cukup la camera yang aku amik gambar tu cantik dan mudah aku nak angkut kemana-mana..maklumlah handbeg aku bukan ada purse ngan henpon macam-macam ada...dengan novel aku..dengan spek mata aku...tu belum dengan minyak wangi, pencuci muka..baling kat orang mau pengsan...lagi besar handbeg lagi banyak aku sumbatkan...pastu meragau2 cari henpon..

Serabutlah  nak cari camera apa...Lumix ker..nikon ker..canon ker..olympus ker...samsung ker...sony ker..dah lah aku pantang tengok benda pink dan purple ni...gila jadinyer...cukup2 la tu barang warna pink purple ni..umur dah tua suka warna budak2 lagi...eh??warna budak-budak ke?jom usha beberapa camera yang ada warna pink ngan purple...








Tengok la yang warna-warna budak ni jugak lah aku suka nak beli...tak tahu la yang mana satu nak beli ada masa lagi sebelum raya boleh servey lagi mana nak beli..tak kesah warna apa sebenarnya cuma nak gambar cantik tak gegar lepas tu tahan bila jatuh..maklumlah tangan ni kadang-kadang memang suka jatuhkan barang...kata anak buah mak buah pun sama...ok nak servey lagi camera jap lagi nak start buat kerja tak boleh mengadap sangat takut berpindah ke iphone pulak..





p/s: pagi-pagi dah ada buat mood aku tingtong...sabar..sabar..sabar..minggu depan jom puasa..minggu terakhir sebelum puasa...

Tuesday, June 26, 2012

Membebel sesaja dimalam selasa...

Selamat malam...

Entry biasa untuk malam ni..just nak update beberapa aktiviti yang bakal berlangsung dalam minggu ni...(Macam orang bz sangatkan gayanya)...

Minggu ni boleh dikatakan minggu sibuk aku disebabkan aku kursus selama 3hari...minggu yang aku rasa minggu untuk kejar output...itulah dah kata jangan main2 ni bila hujung bulan kalut kejar output...dah macam kerja kat kilang pun yer dok kejar output bagaikan...tapi aku bukan minah kilang aku minah fail..

Puasa lagi 3minggu ramai dah start nak ganti puasa..nasib la aku dah ganti siap2..ni pun cuma nak ganti puasa nazar sebab aku tak sihat dulu..InsyaAllah..isnin depan aku puasa nazar..bila dah dekat nak raya aku mula la buat baget raya, berapa nak dihabiskan untuk tahun ni...

Hujung minggu start minggu ni sampai sebelum puasa jadual aku penuh..kiteorang nak buat kenduri arwah dan kenduri nak sambut puasa..tak sabar nak puasa tahun..(yeahhh..dapat turunkan berat badan).. korang dah ready ke nak puasa?ke dah tak sabar nak raya???tak sabar nak sambut umur aku 25tahun pun yer..oh mak ekau..25tahun...sudah tua..rasa baru jer 17tahun...nak hadiah tau korang2 sekalian..nanti aku update sal jamuan hari jumaat lepas..sekarang nak rehat sambil tu tunggu masterchef selebriti...



p/s:bila nak sambung belajar lagi???

Monday, June 18, 2012

Melepas rindu..


Selamat malam...

Alhamdulillah...aku sudah beransur sihat seperti sediakala...kadang2 orang sakit tekak ni nampak simple je kan tapi hakikat dia Allah yang tahu...bila nikmat makan,minum,bercakap Allah tarik menangis dibuatnya..cukuplah 2hari aku ditarik nikmat itu semua..hanya bahasa isyarat yang boleh aku buat tu pun orang tak paham..lawak pun ada gak...

Si anep tu dok mengata aku belajar bahasa isyarat pulak lepas ni..tak tau ingat sedap ke sakit ni..Sakit tekak pakej dengan demam,sakit kepala,suara hilang,tekak gatal,nak nafas pun payah,tidur tak boleh..sampai aku tidur duduk baru lena sikit...sampai aku menangis tak tahan sakit..kalau dah menangis tu maknanya tak kuat dah nak tahan..nak makan lagi la takut tekak macam ada duri..nak g kenduri pun malas..nak jumpa anak buah punya pasal aku gagahkan jugak pergi walaupun tak boleh makan tak boleh minum..sayang anak buah punya pasalkan...cuma tak boleh cakap dengan aqilah,afiqah,harraz,hariz jela..cian maklang kan...

Cuma petang semalam aku kuatkan diri g beli ais krim vanilla corn tu try makan tengok ada perubahan atau tak...tak tau la jalan ke tak sebab malam sabtu aku pergi hospital putrajaya jumpa doctor pukul 12.10pagi...mak lagi la kata tengok muka aku yang sakit ni dia pun sakit jugak...nak gelak pun ada tapi xleh gelak..aku taknak pegi hospital tapi ayah hantar jugak..yelah anak kan..sapa tak sayang...Sayang ayah ngan mak...(terharu tengok kasih sayang dorang..)..kol1.15pagi aku sampai mandi suma makan ubat yang doctor bagi tu terus tidur...

Pagi Ahad aku rasa kurang sikit(sebenarnya tengah hari kot aku bangun tidur lepas bangun kol6pagi)..suara pun dah ada walaupun perlahan...makan bubur je boleh..tekak masih sakit..minum pun boleh sikit...cuma aku rasa aku makan ubat ni kencing jadi warna kuning nak ke oren...ke aku makan ubat jadi warna tu...ntah la..aku harap aku sihat sepenuhnya...tak sakit2 lagi..taknak semua orang risau aku sakit..yelah bila budak banyak mulut sekali sakit hilang seri dia kan...bak kata acu kalau tak menjawab tu sakit betul la tu..hihihihi...

Jadi orang sakit ni ada best ada tak best..yang best bila semua benda orang tolong buatkan..yang tak best sakit tu Allah jelah yang tahu....lebih baik sihat daripada sakit ni.walaupun sakit ni menghapuskan dosa-dosa kecil...aku tak pasti esok larat atau tidak nak pergi keje..tunggu bangun pagi tengok macam mana..kalau sihat sampai la opis kalau tak aku rehat kat rumah jela..ok lah nanti la aku sambung lagi..nak tidur sebelum itu makan ubat batuk pulak...


p/s:bila betul2 dah sihat nak tunai janji yang telah diucapkan...InsyaAllah..dipermudahkan..

Tuesday, June 5, 2012

Semangat...Semangat..

Esok Exam BITK!!!!

Tapi tak ada mood nak bukak buku...
Tahun ni tahun ke-3 aku amik exam BITK ni..
Nak lulus kenalah usaha kan...
Entry pun tak update lagi ni..
Tunggu la esok lusa update sal 2,3 perkara..
Nak stady malam ni mintak2 dipermudahkan..
Gudluck yer yang berjuang esok...
Lulus leh open table..

p/s:baru bangun tidur nampaknya stay up sampai pagi la jawabnye...

Friday, May 25, 2012

Terukir di tangan ku...

Sebelum.... 
Selepas...


Nota Kaki:mood pengantin melanda...hahaahha...

Wednesday, May 23, 2012

Kenapa???

Salam semua.. 

Kenapa sizukahana87????

Dari aku 17tahun aku cukup suka dengan nickname sizukahana87..terbawak sehingga hari ini..susah nak hilang nickname yang dah aku guna 8tahun lepas..malu jugak dah besar panjang guna nickname budak2 lagi...macam mana boleh dapat sizukahana87 tu sebab kecik-kecik dulu aku cukup obses dengan kartun doremon..dah 1,1 watak dalam tu sizuka aku paling suka...hana pulak hujung nama aku jadi gabungkan dapat la sizukahana87 tu..

Kelakar pulak rasanya kan..korang mesti ada nickname yang korang suka..aku ni entah bila nak berhenti guna nickmane sizukahana87 pun tak tau..hanya masa yang menentukan segalanya...kalau orang kenal aku mesti tau dah nickname aku ni..apa yang aku tak guna dengan nickname tersebut...dah melekat kot dengan aku..sebenarnya dah sebati dalam diri aku...kongsi la nickname korang..nak tau jugak..ok la adios...semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya...

Monday, May 21, 2012

Hepi besday Nur Aqilah Farzana


Hepi belated besday aqilah...semoga panjang umur dimurahkan rezeki menjadi anak yang solehah..ucapan biasa orang ucapkan setiap kali besday kan...entry basi la kot besday aqilah dah berlalu dekat 20 hari tapi takper maklang buat entry tok aqilah ni mane tau dah besar nanti terjumpe balik entry2 pasal aqilah balik kan time tu tak payah la cite ngan maklang yer...malu kot da tua nanti anak buah dok cite balik...

tahun ni tak dapat sambut besday aqilah maklang bagi hadiah jela yer...jaga jam pink maklang bagi tu ok jangan kena air yang penting masa besar nanti jadi orang yang pandai menghargai masa yer..bila dah dapat jam mula la mulut murai tu tanya macam-macam penat la nak jawab soklan aqilah ni...

~Graduate sudah~

Selamat malam semua..

Jumaat hari tu kiteorang 1family pergi sabak bernam meraikan Konvokesyen PSIS kali ke-7.Kiteorang gerak selepas zohor ke Sabak Bernam..dan aku agak teruja nak sampai sabak bernam..kiteorang sampai sana dalam kol4 lebih la kot..rehatkan badan semua dalam kol6 lebih aku dengan mak merayau tengok kawasan dengan anep sampai sg. besar kiteorang pergi..

Lepas maghrib kiteorang pergi makan ikan bakar dekat D'Muara Marin Park..macam-macam order baru RM180 tapi itu la..mintak butter prawn sekali dihantar udang goreng tepung gandum..OUT sungguh macam tu jugak sotong menghampakan jela rasanya.nasib la ikan bakar dia sedap boleh diterima tekak lar..kerang bakar pun ok,siakap 3rasa pun ok kailan ikan masin dia boleh lah..Gambar makan malam tak amek pun..dah lapar lupa nak snap2 gambar...

Lepas konvokesyen kiteorang balik solat semua keluar pergi makan mee udang pulak dekat B.N.O..perghhh..memang tip top lah..penuh jer gerai makan kat sana..memang terangkat la makan mee udang special dengan melimpah ruah udang dia..anep dengan angah makan nasi goreng udang..sedap jugak macam mee udang dia..total kiteorang makan dalam RM51.00. Ondaway balik kiteorang cari pulak jus kedondong..sedap rupanya ada masam-masam,pahit kulit tapi memang sedap..

Sampai rumah layan hindustan kejap lepas asar kiteorang gerak balik putrajaya singgah dulu satay hut dekat tanjung karang...wahhhh...gila sedap satay dia..70sen secucuk..order 100cucuk makan dalam keta..gila sedap..tapi jauh sangat pulak kalau nak makan satay sampai tanjung karang kan..memang puas makan 2hari tu..cuma nasi ambeng je tak pergi makan tapi anep beli bawak balik masa hari ahad tu..so percutian kali ni puas sesangat..semua entry makan tak ada gambar..makan mee udang kemain ramai orang segan nak snap gambar makan satay dalam kete segan nak snap malu kot..korang try jela makan mee udang B.N.O dengan satay hut @tanjung karang..

Pasal konvo anep..aku malas nak ulas panjang-panjang jamu jela gambar yang aku upload ni..tengok budak2 ni konvo terasa nak konvo lagi..InsyaAllah...aku akan sambung belajar lagi tapi bukan dalam waktu terdekat ni lah...yang best dapat jumpa buah hati dak anep ni..ok harap-harap boleh go la dengan aku dan kakak ipar aku 2orang tu..








Adik ipar to-be.. InsyaAllah..
Nak selit gak la konvo aku dulu..Jeles tengok anep pakai jubah konvo..doa-doakan aku kuat nak sambung stady balik niat dihati nak ada degree walau macam mana pun sekali..cuma sekarang takdak mood sambung blaja..Ok adios...

Wednesday, May 16, 2012

Dedikasi buatmu...

Selamat pagi..semoga hari-hari mendatang penuh dengan keceriaan..InsyaAllah..

Ok!!hari ini 16 Mei...ada apa dengan 16 mei??special sangat ke kan...special tak special korang yang tentukan..aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru dan bakal jadi guru..semoga kalian tidak jemu dalam memdidik generasi harapan bangsa..

Kalau diimbas kembali zaman persekolahan paling banyak kenangan manis..dimana kenakalan kita semasa remaja...kalau diingatkan setiap tahun pasti pelajar tertunggu-tunggu hari guru..berebut nak belikan hadiah buat cikgu-cikgu kesayangan kan..macam-macam aktiviti la yang dapat kita buat masa hari guru..(Ok..nak cuci mata intai secret admirer sebenarnyer)

Buat cikgu yang pernah mengajar aku di SK Kepong, SMK Kepong, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Port Dickson dan cikgu yang terlibat secara tidak langsung diatas kejayaan aku terima kasih aku ucapkan diatas ilmu yang telah dicurahkan sehingga aku berjaya menjadi seorang insan..Terima kasih cikgu..Jasamu ku kenang sehingga hayat..

p/s: bila nak capai cita-cita jadi cikgu??sudah 25tahun..Jom ambil degree...

Tuesday, May 15, 2012

Welcome..Mohd Danish Hariz



Jauh disudut hati kecil..

Selamat malam semua..

Tak tahu nak start dari mana..tapi lepas aku baca penulisan seorang insan ini terus aku rasa sebak..entah macam mana aku boleh merasa kesedihan penulis..tiba-tiba aku terfikir dalam kita bahagia sehingga lamakah bahagia bersama kita..tak tergambar perasaan aku ni..

Sedangkan kita tahu setiap insan yang hidup pasti 1hari nanti kembali kepada-Nya..aku banyak skip beberapa entry sebab takut mata aku bengkak..ini bukan kisah novel..ini kisah hidup seorang isteri..seorang ibu..Ya Allah..Engkau kuatkanlah semangat hamba-Mu itu supaya dapat membesarkan cahayamata beliau menjadi muslimah kebanggaan-Mu.

Bagi aku kita hanya merasa sedikit kesedihan tetapi orang yang mengalami keadaan itu sendiri yang mengetahui kesedihan itu..bila aku baca je kisah ini aku teringat bagaimana induk aku mengharungi keadaan ini seorang diri dalam keadaan mengandung anak ke-2..6tahun  sudah berlalu..Arwah bapak telah kembali kepada Penciptanya..kita hanya melihat ketabahan seorang isteri dan seorang ibu membesarkan anak tetapi disebalik hati pasti terdetik alangkah bahagia jika dapat membesarkan anak-anak bersama suami tercinta..

Ya, aku belum berumahtangga..tetapi kisah setiap manusia yang telah diuji oleh-Nya aku sematkan sebagai pendorong semangat aku supaya tidak mudah jatuh dengan setiap ujian yang diberi..kita tidak tahu sampai bilakah kebahgiaan mendampingi kita...kadang-kadang aku terfikir dimanakah orang yang diuji ini mendapat kekuatan supaya bangkit meneruskan kehidupan harian..aku percaya apabila kita terima takdir kita sebagai Qada dan Qadar yang telah ditetapkan pasti Allah suntik kekuatan dalam diri..

Bukan sedikit kisah-kisah hidup yang aku pernah baca tapi..setiap kali aku baca kisah ini hatiku bagaikan terasa kehilangan itu..Entahlah hatiku tidaklah sekuat mana..tambah-tambah melibat kematian.Ya..aku tidak kuat..sesungguhnya aku takut menghadapi kematian itu padahal kematian itu pasti akan terjadi..mungkin apabila aku membaca orang kehilangan orang kesayangan membuatkan aku teringat dengan Arwah wan dan atuk yang aku kasihi. 

Ya Allah...kau suntiklah kekuatan ketabahan didalam insan-insan yang telah Engkau uji supaya menerima ketentuan yang Engkau berikan..dan engkau titipkanlah kekuatan didalam diriku supaya menjadi hambamu yang tabah dan redha dengan setiap ujian-Mu itu..sakit dan kesedihan masih terasa apabila hubungan yang aku bina selama 5tahun yang kuharapkan berakhir dengan pernikahan putus ditengah jalan walaupun sudah hampir 3tahun masih terasa ini kan pulak hubungan suami isteri dimana kita berkongsi hidup tinggal meninggalkan kita buat selama-lamanya..Al-Fatihah.

Benarlah kalam Allah, ayat (ar-Ra’d)13:28 “orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

Tuesday, April 24, 2012

Moga cepat sembuh


Khas buat salwa said..opismate merangkap kawan aku...
Moga cepat sembuh ye wawa...
Semoga kuat menhadapi dugaan yang Allah berikan buatmu...
Hope apa jua keputusan yang kita dapat semua baik-baik belaka yer..
Nak pesan jangan sedih-sedih dugaan Allah buat kita..Allah sayang kalau kita diuji..
Kalau rasa tak berapa kuat kita sandar dekat kawan-kawan rapat supaya kita tak jatuh...
Cepat-cepat keluar hospital tu yer..sunyi la opis tak dengar suara kau wa..
Jangan patah semangat yer dengan setiap ujian yang diberi
Akhir sekali kuat..kuat..kuat...semoga cepat sembuh dan sihat walafiat sentiasa....
Last sekali senyum ok..takmo sedih-sedih...

Bila hati tak ada mood

Selamat malam semua....

Tolong la memalam macam ni aku boleh stress sebab tak ada mood???adooiiii hai la mana pergi mood ni pagi tadi elok je gelak-gelak kat opis...aku ni suka sangat happy pastu balik rumah hilang terus mood..aku dah tua ker cepat sentap ni??

Malas nak fikir sangat..orang kata think 4+ baru la nampak awek muda kan..macam tak biasa rasa hilang mood ni kan...bukak fb pun tak boleh wat apa kan..hahaha..main agree bird boleh buat hilang mood kot..aku dok main2 last-last jadi angin...esok stop la main kejap kan...

Nak cakap esok gajiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....syoknya dapat duit...syok sangat la kan..apeq dah merajuk haruslah hantar jumpa doc..duit lagi nak keluar..wahai buah hati tersayang jangan lah merajuk kalau pergi kerja ngan cik purple pulak..wlaau bagaimana pun kau tetap cinta hati ku apeQ...

Oklah mood macam dah sampai balik je ni...kena menulis kot baru hilang stress ye dak??aku ni kejap ok kejap tak ok ape nak jadi pun tak tau...harap-harap esok ada lah yang bermurah hati nak belanja kan...

Friday, April 20, 2012

Pagi Jumaat yang indah~~

Selamat pagi semua...

Pagi jumaat yang indah..sebab esok cutiiiiiiii...yihaaaaaaaaaaaa...aku perlukan rehat yang cukup..penat berkursus selama 4hari walaupun separuh hari tapi balik tempat sambung wat fail kalau tak output bulan ini mesti kritikal...

Aku bukan nak cerita sal kursus pun hari ni cuma nak cakap jarang hari jumaat orang bertungkus lumus buat kerja...hebat sangat wehh kalau semua printer dalam unit aku ni berfungsi kecet..kecet..kecet..semangat sungguh dorang buat kerja..syabas budak PP anda memang terbukti rajin...baik printer baki hutang,printer susulan,printer kematian semua berbunyi..dah macam irama pulak pagi2 jumaat ni...

Ok..tak menahan dengar bunyi printer...ayuh budak PP jom bunyi kan printer untuk hari ini...Wahhh!!semangat sungguh kau kan...sebelum mood rajin aku terbang entah kemana baik start buat kerja..ok la..cukup untuk hari ni hujung minggu aku update pasal lain yer..

p/s:dah macam hujung bulan orang rajin nak kejar output..hihihihi

Tuesday, April 17, 2012

Family Gathering 04/2012

Selamat malam...

Sekarang ni idea nak menulis macam dah kurang pulak kan...dah makin jarang nak update blog..nak salahkan siapa pun tak tahu ni...salahkan diri sendiri la kan..siapa suruh malas nak menulis..bukan malas kadang-kadang idea tu dah ada tapi bila nak menulis tu hilang pulak...

Nak buat macam mana kadang-kadang masa tidak mengizinkan aku untuk menulis padahal banyak kot nak aku coretkan didalam ni sebagai kenangan aku..tapi tak ada la secara detail nak cerita..mana yang patut aku kongsi dengan umum maknanya adelah dalam ni kalau tak dalam hati jela kan..

Okeh la jom pergi topik utama pulak..sabtu lepas giliran angah (abang aku) punya giliran menjadi tuan rumah untuk perjumpaan keluarga...merangcang pelbagai aktiviti untuk menrapatkan ukhuwah antara sesama keluarga...jadi hari jumaat aku da start cuti untuk persiapan kan...

Keluarga aku lebih suka tempah makanan daripada masak sendiri..sebab apa??kakitangan tidak cukup kot dalam family aku ni...iyelah dah aku sorang je anak perempuan mau tak cukup kakitangan kalau nak masak-memasak ni..lagi pun aku ni bukan PRO nak masak banyak-banyak ni..kang tak sedap malu lah orang makan...hasil air tangan aku hari tu cuma cupcake yang comel jer dengan air oren terhot dipasaran...

Majlis start lepas zohor makan-makan bagi kenyang perut lepas tu baru meeting yang aku ni malas nak dengar kali ni ape yang dibincangkan...agak lama jugak la perbincangan kali ni..majlis berakhir dekat jam 5.30 petang baru bersurai...nanti next perjumpaan aku g tau antara-antara isu-isu dibangkitkan yer..jom lah tengok gambar yang di capture oleh induk  aku..tuan rumah sibuk tak dan nak capture2 gambar..layan jom sedikit gambar yang tak seberapa...

Wakil untuk cucu yang ke-3...dalam family paklang...

perbincangan barisan hadapan...
nampak sedapkan air oren tu..tengok lah sape bancuhkan..ada bakat bukak bisnes ni..heheheh

antara menu untuk hari sabtu...

sambal ayam vs daging kicap...terbaek wok...

pengerusi sedang berucap...kusyuk kot ayah berucap...

hasil air tangan aku dan kaklong...kretif tak dok warna coklat untuk gift tetamu yg hadir...

pengantin baru buat apa la kat belakang tu..orang meeting kat depan lar..
close up rupe sambal ayam ni...sedapkan...

daging dengdeng kot tapi mmg sedap giler rasa macam sate pun yer...

rupe cupcakes aku..da kena calit2 kot.. 
menu minum petang...sedap tau karipap tu..