Showing posts with label aku..... Show all posts
Showing posts with label aku..... Show all posts

Thursday, March 6, 2014

2014

Selamat pagi semua..
Dah berhabuk dah bersawang semua ada..pembukaan entry baru tahun baru..umur pun dah bertambah 1 angka kan..

Bagaimana aktiviti korang tahun baru ni?ada perubahan atau tidak..serius sekarang memang tak ada masa nak berblog nak bersosial pun rasa tak sempat..kalau macam ni nak cari jodoh pun tak sempat..hahahah..yelah tu kan tak sempat..InsyaAllah satu hari jumpa jugak soulmate yang boleh terima kekurangan diri ni..

Jadi kita simpulkan sikit aktiviti tahun ni dan aktiviti yang dah lepas..minggu ni kami family besar yayasan ada family day dekat bagan lalang lepas tu kemungkinan free sikit tapi...ada tapi sebab fail dekat tempat melimpah bagai nak gila..yang tu nak speed guna kuasa kuda pun tak mampu kejar..jadi alamatnya berkampung la untuk siapkan..

Lepas tu baru-baru ni ada dengar opis nak di korporatkan dan kemungkinan besar kena keluar dari sini..
stress jap takut dapat tempat bukan dalam putrajaya..tapi servis lagi 33 tahun tak kan nak duduk sini sampai pencenkan..ok sahut cabaran kita keluar dan belajar benda baru lepas ni...cari kawan baru..oh boleh ke??budak sombong susah nak dapat kawan ok..saya tak sombong tapi saya pemalu...(gedik).

Apa lagi nak cerita yer...fikir jap!!kot la pasni tak ada masa nak tulis-tulis sebab nak guna speed harimau pulak siapkan fail ni sume..Oh..doakan aku dapat simpan duit dengan jaya untuk tahun ni..nak buat apa?saja nak simpan duit..lepas tu aku ada azam yang aku nak buat untuk diri...untuk ayah dan untuk mak..setakat ni boleh lagi follow tapi tak sempat nak buat benda sampingan bagi cepat sikit keberkesanan dia tu..

Last but not the last, sekarang ni ada masalah sikit melibatkan family doakan semua akan berlalu dengan cepat dan hubungan itu kembali seperti dulu..tiada lagi kemarahan tiada lagi air mata..anggap ini salah satu dugaan yang berlaku pastinya ada hikmah yang besar menanti..moga pelangi yang cantik muncul selepas hujan panas berhenti..moga ikatan kekeluargaan lebih utuh dari sebelum ini..InsyaAllah dengan izin-Nya..

Tak tahu nak kata apa lagi jadi kita stop la kat sini dulu ada masa ada rezeki ada jodoh jumpa lagi coretan yang biasa-biasa dari diri ini..lebih kepada suka-suka bukan nak menunjuk-menunjuk pun..bersederhana lebih baik dari berlebih-lebihan..moga tahun ini kita mencari apa yang perlu moga perbaiki apa saja kelemahan diri sendiri..ehh..sebelum itu boleh tak nak pesan dekat diri terutamanya ingat jaga setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kerana berbisanya kata-kata seseorang itu yang boleh membuatkan orang terasa dengan kita..

Sekian dari saya yang serba kekurangan tapi penuh kasih sayang....moga kita berjumpa lagi..bye..


Monday, July 8, 2013

Ujian

Sangat...sangat..sangat sedih
Sangat..sangat..sangat down
Ya Allah...aku sehabis daya untuk menjadi seorang sahabat yang baik...
Untuk menjadi sahabat yang menyenangkan buat sahabatku..
Sahabat yang boleh mengembirakan hati dan perasaan untuk mereka...

Sahabat...aku tidak meminta kamu untuk lebih..
Cukuplah engkau memahami isi hati..
Tak terdaya aku memenuhi segala piawaian yang kamu semua idamkan
Tidak cukupkah aku ada bersama kamu ketika susah senang jatuh bangkit 

Aku cuba bagi  yang terbaik apabila aku menjalinkan ikatan persahabatan
Jauh dan tidak berhubung itu tidak bermakna aku lupa
Bukan aku sombong dalam persahabatan
Tapi tahukah engkau bahawa aku juga ada tanggungjawab lain yang perlu aku galas

Sedangkan aku sendiri tercari-cari masa untuk diri
Tapi aku ada tanggungjawab lain yang perlu digalas...
Sedih sangat...sedih sangat sebab Allah tahu apa dalam hati ini..
Maafkan aku tidak mampu jadi sahabat yang baik untuk kamu..

Kalau itu yang kamu mahukan..
Siapa aku nak menghalangnya...
Rendahnya harga persahabatan aku yang engkau nilaikan..
Terima kasih aku ucapkan pernah jadi sahabatku..
Maafkan aku tidak mampu menjadi sahabat yang engkau impikan..











coretan: Adekah aku akan kembali seperti 8 tahun lepas?tidak mampu berkawan bila hati ini pedih dihiris dengan ucapan dan perbuatan seorang kawan...Ya Allah...jauhkan RASA itu dari hati ini...sesungguhnya aku redha dengan ujian persahabatan yang engkau berikan...buat sahabat yang ibarat kakak sentiasa aku doakan kebahagiaan kamu...

Sunday, October 14, 2012

GELAP!!!!

Selaamt malam sayang-sayangku sekalian...

Walaupun ada secoet yang follow cerita aku ni tapi ok la nama pun blog privatekan...saya tak mahu dikenali sangat tak payah jadi blogger famous amos pun kan...aku dalam dilema sekarang ni sebab macam2 ang terjadi sejak kebelakangan ni...dugaan sungguh..

GELAP!!!aku tak suka gelap...aku suka terang-terang sebab apa??aku kan PENAKUT jadi memang tak suka gelap gelita...nampaknya esok aku kena kerja balik awal sebelum Sang Matahari mengucapkan selamat malam dan Sang bulan menjengahkan diri...ada kaitan ke gelap ngan aku balik malam ke?kan biasa sebulan 2bulan lepas memang hari-hari balik malam ker???

Ni gara-gara gate otomatik tu tak berfungsi dengan jayanya..kena pulak bukak secara manual...oh itu sudah buat hati ini berbelah bagi nak balik malam minggu ni...tak kugagahkan turun kereta bukak gate tu sebab ada lampu besar tajaan TNB depan rumah TAPIIIIIII tadi mak ayah aku balik ari kampung aku keluar rumah tengok GELAP GELITA ok...macam dekat kampung-kampung tu..oh no!!!tak jadi lar aku balik malam sampai lampu dan pagar aku elok balik..

Jadi penakut ni payah weh...banyak teruk dari faedahnya...sebab tu lar aku tak suka aktiviti-aktiviti camping ni..kalau ikutkan sejarah hidup aku cuma 2kali aku ikut kem kat sekolah dulu masa form 1 ngan form 3...taubat lepas tu aku nak join2 aktiviti2 macam ni...dok rumah lagi semangat...ok lah malas nak taip panjang-panjang tapi aku tak suka gelap-gelap ni..nak cerah-cerah jer....

Ok bai...jumpa next entry....nak gosok baju esok nak bangun awal pergi keje pun awal malas nak turun naik kete tutup gate tu..baik pergi keje ngan semua dalam rumah ni...


p/s:Tak boleh lupa black out masa duduk rumah FRIM bangun-bangun tengok gelap gelita meraba cari pintu tak jumpa..TRAUMA..

Tuesday, October 9, 2012

Sisi gila Nurul Farhana

Selamat pagi wahai sekalian...



Pagi yang nyaman sebab malam tadi hujan tapi tak tau la betul ke tak tengok luar rumah macam hujan je semalamkan..tetiba aku buat entry sisi gila kat atas tu kan..sebenarnya aku sangat...sangat..sangat MENGANTOK hari ni disebabkan aku cuma dapat tidur 1jam 30Minit jer...

Aku rasa badan aku ni dah ada tanda-tanda orang stress or orang tak cukup rehat la...sebab apa kan sekarang ni aku keje balik kol9 malam setiap hari jadi masa aku nak berehat tu macam kejap jer sebab balik rumah bukannya mandi terus tidur..bukak fb bukak twitter dan sekarang ni aku dah dapat balik kegilaan aku main game kat fb tu hah...haruslah aku tido dekat2 jam12 kan...habis tu tidur aku lena semacam tak dan mimpi nak menjengah hari siang..bangun..bangun..bangun pergi kerja ok...

Semalam aku tak dapat tidur padahal badan dah letih bangat dok opis bukan goyang kaki buat kerja sampai kol 9malam...ohh bukan senang yer nak cari rezeki halal ni..kena keluarkan tenaga tulang 4kerat ni yer...dah aku tak boleh tidur jadi aku baca novel aku yang tebal 1389ms tu sampai habis sambil2 tu aku main game kat fb...dari 12.30 ke 1.30 ke 2.30 akhirnya aku paksa mata tidur jam 3.30pagi sebab aku nak bangun sahur hari kol5pagi...kesimpulannya aku mengantok tahap gaban sebab ni lar....

Aku dah tak semangat nak buat fail-fail peminjam atas meja ni..otak ni dok fikir alangkah best dapat bantal ngan selimut pagi-pagi ni...otak fokus..fokus..fokus..tanggungjawab awak tu kan...amanah dah diberi...kena dengar lagu-lagu semangat aku la jawabnya supaya segar bugar kan...ok la nak print penyata peminjam pastu bukak lagu kuat dan buat kerja....


p/s: rasa bahagia tengok rak buku penuh dengan novel-novel..kegilaan aku yang belum dapat dihapuskan...

Tuesday, July 10, 2012

Dilemma..dilemma...

Assalamualaikummm...

"Kuatkan radio..kuatkan radio anda..kuatkan radio...kuatkan radio..aku yang patut..."

Intro pagi ni ada lagu sikit..tatau awat suka lagu ni..sweet pulak dengar banyak kali..ada kaitan ke tajuk entry dengan lagu ni??takder sebenarnya..cuma aku dalam dilema nak beli digital camera yang mana satu...yang mana 1 idaman hati...semua aku tengok cantik semua nak beli...kalau banyak duit tak apa jugak kan...

Aku ada servey jugak kat dalam intenet ni banyak sangat la pandangan orang..ada kata nikon better dari conan..tapi lumix pun better gak...so sekarang ni tak tahu mana satu..camera lama aku tu dah nazak sebelum waktunya...budak harraz pergi jatuhkan ke lantai dah taknak tutup zoom dia tu...oiiiii anak buah aku betul lar..nak marah benda dah jadi bukan dapat betul balik..redha jela..(Tapi aku g marah adik2 aku sapa suruh tak tengok apa anak buah dorang ni...)

Sebab apa aku nak beli camera??henpon kan ada...henpon aku pun rosak sekarang ni..tu pun pinjam henpon yang ada lebih kat rumah...yang tak ada memory card..daif sungguh la henpon baru aku tu...sebut henpon aku pun dilema mana 1 nak beli...hati nak sangat pakai iphone..tapi kalau pakai haruslah aku sorok doploh empat jam kang jatuh mau la aku nanges setahun...bila dah ramai anak buah ni macam2 kerenah ada..sabar jelah kan...

Kembali kepada cerita camera tadi la kan...dari semalam aku dok servey dalam internet ni..orang kata amik lar DSLR tu..tapi aku ni bukan nak amek gambar macam orang pro tu..cukup la camera yang aku amik gambar tu cantik dan mudah aku nak angkut kemana-mana..maklumlah handbeg aku bukan ada purse ngan henpon macam-macam ada...dengan novel aku..dengan spek mata aku...tu belum dengan minyak wangi, pencuci muka..baling kat orang mau pengsan...lagi besar handbeg lagi banyak aku sumbatkan...pastu meragau2 cari henpon..

Serabutlah  nak cari camera apa...Lumix ker..nikon ker..canon ker..olympus ker...samsung ker...sony ker..dah lah aku pantang tengok benda pink dan purple ni...gila jadinyer...cukup2 la tu barang warna pink purple ni..umur dah tua suka warna budak2 lagi...eh??warna budak-budak ke?jom usha beberapa camera yang ada warna pink ngan purple...








Tengok la yang warna-warna budak ni jugak lah aku suka nak beli...tak tahu la yang mana satu nak beli ada masa lagi sebelum raya boleh servey lagi mana nak beli..tak kesah warna apa sebenarnya cuma nak gambar cantik tak gegar lepas tu tahan bila jatuh..maklumlah tangan ni kadang-kadang memang suka jatuhkan barang...kata anak buah mak buah pun sama...ok nak servey lagi camera jap lagi nak start buat kerja tak boleh mengadap sangat takut berpindah ke iphone pulak..





p/s: pagi-pagi dah ada buat mood aku tingtong...sabar..sabar..sabar..minggu depan jom puasa..minggu terakhir sebelum puasa...

Monday, June 18, 2012

Melepas rindu..


Selamat malam...

Alhamdulillah...aku sudah beransur sihat seperti sediakala...kadang2 orang sakit tekak ni nampak simple je kan tapi hakikat dia Allah yang tahu...bila nikmat makan,minum,bercakap Allah tarik menangis dibuatnya..cukuplah 2hari aku ditarik nikmat itu semua..hanya bahasa isyarat yang boleh aku buat tu pun orang tak paham..lawak pun ada gak...

Si anep tu dok mengata aku belajar bahasa isyarat pulak lepas ni..tak tau ingat sedap ke sakit ni..Sakit tekak pakej dengan demam,sakit kepala,suara hilang,tekak gatal,nak nafas pun payah,tidur tak boleh..sampai aku tidur duduk baru lena sikit...sampai aku menangis tak tahan sakit..kalau dah menangis tu maknanya tak kuat dah nak tahan..nak makan lagi la takut tekak macam ada duri..nak g kenduri pun malas..nak jumpa anak buah punya pasal aku gagahkan jugak pergi walaupun tak boleh makan tak boleh minum..sayang anak buah punya pasalkan...cuma tak boleh cakap dengan aqilah,afiqah,harraz,hariz jela..cian maklang kan...

Cuma petang semalam aku kuatkan diri g beli ais krim vanilla corn tu try makan tengok ada perubahan atau tak...tak tau la jalan ke tak sebab malam sabtu aku pergi hospital putrajaya jumpa doctor pukul 12.10pagi...mak lagi la kata tengok muka aku yang sakit ni dia pun sakit jugak...nak gelak pun ada tapi xleh gelak..aku taknak pegi hospital tapi ayah hantar jugak..yelah anak kan..sapa tak sayang...Sayang ayah ngan mak...(terharu tengok kasih sayang dorang..)..kol1.15pagi aku sampai mandi suma makan ubat yang doctor bagi tu terus tidur...

Pagi Ahad aku rasa kurang sikit(sebenarnya tengah hari kot aku bangun tidur lepas bangun kol6pagi)..suara pun dah ada walaupun perlahan...makan bubur je boleh..tekak masih sakit..minum pun boleh sikit...cuma aku rasa aku makan ubat ni kencing jadi warna kuning nak ke oren...ke aku makan ubat jadi warna tu...ntah la..aku harap aku sihat sepenuhnya...tak sakit2 lagi..taknak semua orang risau aku sakit..yelah bila budak banyak mulut sekali sakit hilang seri dia kan...bak kata acu kalau tak menjawab tu sakit betul la tu..hihihihi...

Jadi orang sakit ni ada best ada tak best..yang best bila semua benda orang tolong buatkan..yang tak best sakit tu Allah jelah yang tahu....lebih baik sihat daripada sakit ni.walaupun sakit ni menghapuskan dosa-dosa kecil...aku tak pasti esok larat atau tidak nak pergi keje..tunggu bangun pagi tengok macam mana..kalau sihat sampai la opis kalau tak aku rehat kat rumah jela..ok lah nanti la aku sambung lagi..nak tidur sebelum itu makan ubat batuk pulak...


p/s:bila betul2 dah sihat nak tunai janji yang telah diucapkan...InsyaAllah..dipermudahkan..

Saturday, February 4, 2012

Seminggu bersama......

Assalamualaikum....Selamat tengah hari..

aku merumuskan aktiviti aku dari hari isnin sampai semalam...nak buat hari2 minggu lepas tak cukup gagah la pulak maklum lar bila kemalasan datang melanda apa pun tak boleh....macam biasa la isnin dengan selasa kerja sibuk kejar output time tu balik pun lambat..dah hujung bulan baru kalut nak buat kerja siapkan output kalau tak dok jela mengacau orangkan..

oleh sebab rabu cuti hari wilayah makan dengan semangatnya nak lar rehat sambil tu memasak tapi itu lar baru separuh jalan acu sms ajak pergi rawang melawat pakdang baru dapat baby boy...ohhh..ok..abes tu lasagna mcm mane???tunggu masak la jawabnyer....tak dapat tangkap gambar bila da siap lasagna tu..da kena bergegas pergi rawang pulak..yang dapat amek gambar masa nak buat tu jela..tu pun tak bapa nak terang...dah sampai rumah pakdang tengok la baby boy die sambil tu tengok la anak2 die yang lain...hamboiii..da besar memasing..punya la lame tak jumpa...siap kata aku dah makin tinggi mengalahkan pakdang lagi...

tengokk..besar da nabil ni..dulu jumpa dia kecik macam adik dia ni...

Ahmad irfan asyraf

tidur je budak debab ni


bangun nak susu pastu tidur balik...
agak malam jugak kiteorang balik singgah selayang pergi rumah kawan ayah..dah la malam mata ni agak kurang daya penglihatan dia..maklum la rabun kan...sampai rumah dekat kol12 malam tu pun ayah yang bawak kereta ikut had laju kalau aku yang bawak macam tak cukup tanah nanti..maklum la nak cepat sampai...

hari khamis pulak jumpa peminjam dekat bawah..ala sebenarnya kakak kat tempat kerja lama dulu nak bayar habis loan rumah dia..jadi jumpa la aku ni..rindu kat kak jam dapat jumpa hari tu dok borak2 kat cafe lepas tu gosip sikit2 pasal opis lama..ingat nanti nak ikut kak jam jumpa dorang dekat sana..nak tengok perubahan PPUM dan UM macam mana...da dekat 3tahun rupanya aku kerja dekat BPP nie...nak balik dapat hadiah dari kak jam kuih bahulu dengan coklat lak..terima kasih akak...lupa nak cakap 1/2 dah start masuk kol7.30 pagi dengan belagak tadi pergi punch kol 4.30 petang tapi bukan balik pun...belagak je lebih..

hari jumaat????hari kerja tak jalan ok..mood main-main lar..tidak la pagi tu kena jaga helpdesk macam biasa la layan kerenah peminjam-peminjam ni..kena marah redha jela..bila la nak kena mengorat ni...asyik kena marah jer...kalau pagi dah kena jaga helpdesk petang time untuk rehat kepala dan setelkan masalah pagi tadi la kan..bosan tak aktiviti macam ni???tak lar nama pun kerja..tak baik bosan dengan kerja sendiri...

Tuesday, August 16, 2011