Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Ujian

Sangat...sangat..sangat sedih
Sangat..sangat..sangat down
Ya Allah...aku sehabis daya untuk menjadi seorang sahabat yang baik...
Untuk menjadi sahabat yang menyenangkan buat sahabatku..
Sahabat yang boleh mengembirakan hati dan perasaan untuk mereka...

Sahabat...aku tidak meminta kamu untuk lebih..
Cukuplah engkau memahami isi hati..
Tak terdaya aku memenuhi segala piawaian yang kamu semua idamkan
Tidak cukupkah aku ada bersama kamu ketika susah senang jatuh bangkit 

Aku cuba bagi  yang terbaik apabila aku menjalinkan ikatan persahabatan
Jauh dan tidak berhubung itu tidak bermakna aku lupa
Bukan aku sombong dalam persahabatan
Tapi tahukah engkau bahawa aku juga ada tanggungjawab lain yang perlu aku galas

Sedangkan aku sendiri tercari-cari masa untuk diri
Tapi aku ada tanggungjawab lain yang perlu digalas...
Sedih sangat...sedih sangat sebab Allah tahu apa dalam hati ini..
Maafkan aku tidak mampu jadi sahabat yang baik untuk kamu..

Kalau itu yang kamu mahukan..
Siapa aku nak menghalangnya...
Rendahnya harga persahabatan aku yang engkau nilaikan..
Terima kasih aku ucapkan pernah jadi sahabatku..
Maafkan aku tidak mampu menjadi sahabat yang engkau impikan..











coretan: Adekah aku akan kembali seperti 8 tahun lepas?tidak mampu berkawan bila hati ini pedih dihiris dengan ucapan dan perbuatan seorang kawan...Ya Allah...jauhkan RASA itu dari hati ini...sesungguhnya aku redha dengan ujian persahabatan yang engkau berikan...buat sahabat yang ibarat kakak sentiasa aku doakan kebahagiaan kamu...

Sunday, August 26, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥


kredit to..yang berkaitan..tak pasti jumpa kat mana...

Rahsia Allah






Monday, January 23, 2012

bila hati berkata-kata..

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa...jawab sayang...haii korang...tak tau ada ke tak orang baca ape yang aku dok merepek dalam ni...kalau orang baca malu pun yer..baik tak yah ada yang baca sangat...segan la pulak kadang2 blog ni da macam diari pun ye jugak kadang2 da macam hati pun kan...kadang2 marah kat orang tak elok marah dekat orang tu jadi menulis baik untuk kesihatan...(merepek sudah...)

bukan apa kadang2 hati ni berkata-kata entah kenapa aku sendiri pun tak tahu...nak2 sejak bersendirian ni lagi senang hati terdetik sana terdetik sini...semua ni berpunca semalam mata ni gagal melelapkan diri sedangkan jam sudah 3.30 pagi...banyak benda kepala ni berfikir apa yang telah terjadi...kadang2 hati tak tipu bila hati terasa gundah gelana entah disebabkan apa...

akhirnya hati aku berkata apa yang terjadi ada hikmahnya yang kadang2 kita tak perasan pun manisnya sesuatu dugaan yang diberi...bangun pagi aku positifkan diri bahawa hidup ni kadang apa yang PAHIT itu kadang2 MANIS dan MANIS itu boleh jadi PAHIT...terima dengan hati terbuka...REDHA dengan apa yang telah ditetapkan...

Alhamdulillah...sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan kawan yang berdiri kukuh dibelakang insan bernama nurul farhana ab jalil..yang tidak mengambil kesempatan yang benar-benar ikhlas berkawan...untuk korang serius aku sayang sangat korang....korang tempat aku ketawa dan aku menangis...semoga persahabatan kita berkekalan hinggan hujung nyawa aku dan ikatan persahabatan kita ni diredhai Allah...walaupun kadangkala persahabatan kita diuji dengan pelbagai ujian...

Wahai sahabatku...sesungguh aku tidak pernah menyesal korang menjadi sebahagian dari hidupku...tak pernah menyesal berkenalan dengan korang semua...tak kira apa pun terjadi aku harap ikatan kita bina ini akan diteruskan oleh anak-anak kita pulak.....(ok tahun depan nak nikah...cari calon dulu..semoga dipermudahkan oleh-NYA..)

kadang2 tak tahu nak cakap macam mana yang aku sayang kawan2 aku semua...tak terluah dengan kata-kata...nak buat macam mana nurul farhana bukan seseorang yang terlalu mudah menunjukkan kasih sayang dia....dan itu yang terjadi apabila dalam 5tahun bukan selalu nak sebut i luv u ke ape bende...orang lelaki ni suka kalau hari2 dengar gf sebut 1,2,3 ni kan..tapi tak boleh la..malu okeh...ok tak payah bukak cerita 5tahun tu kan...karang emosi takleh tido lagi...

Taknak cakap banyak2 kalau hati ini berbicara esok pun tak habis..cukup2 la hati berkata-kata...kadang2 tak salah menjadi Rahsia Hati...bukan semua benda hati ni nak berkata-kata...mungkin kali hati perlu berkata-kata dan menzahirkan dalam diari ni.....weeehhhh...tak menahan nak bermadah-madah memalam buta ni....Nak cakap TERIMA KASIH jadi sebahagian dari hidup ni...jadi tulang belakang aku...jadi tempat aku berkongsi gembira mahupun sedih...THANK everything yer....

"Apa pun yang terjadi ku kan selalu ada untukmu...janganlah kau bersedih coz everything's gonna be okay"

p/s:malu lah bila cakap pasal perasaan ni...semalam hati gundah gelana dengar lagu sedih je pun...

Monday, October 31, 2011

Dimalam hari..

Entah kenapa mata ini tidak mengenal erti malam..tekebil2 memandang siling

Jiwa terasa kosong bagaikan tanpa perasaan

Hati ingin berkata-kata tapi tidak terluah dibibir..

Rindu kah,sayang kah,benci kah,suka kah,sedih kah,marahkah??semua bercampur baur..

Moga aku kuat menghadapi rintangan hidup dan disinari kebahagiaan hidup..kegembiraan..AMIN

Thursday, May 5, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

Ya Allah...jika kau bukak hatiku untuk menerima cinta yang Kau anugerahkan biarlah cinta aku berlandaskan cinta kepada-Mu ya Allah..sesungguhnya aku insan yang lemah dan mudah lalai dalam kenikmatan yang ko beri...

Sunday, March 20, 2011

Yakinlah aku menjemputmu...


Rapuhnya perasaan ini apabila terdengar lagu ini...Tabahlah wahai hati...

Monday, November 15, 2010

Kenapa???

knp ye hari ni aku rase lain sgt...hati aku ni rase cam lain jer...ke sbb aku tak cukup tido???mintak2 la dijauhkan segala kedukaan mahupun kecelakaan...dtg la wahai kegembiraan..sesungguhnya hanye kegembiraan yg aku mahukan...hati aku rase sedih jer hari ni...aku xde semangat...Ya Allah..Kau berikan la aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini di dunia yang penuh cabaran ini...sesungguhnya aku pasrah setiap dugaan yang Kau berikan kepadaku..Kau beri la cahaya kegembiraan kepada ku seperti mana aku cube untuk mengembirakan insan2 disekeliling aku...Kau jauhkan la segala kedukaan dari hidupku...Amin..

disaat aku mencintaimu

mula-mula aku dengar lagu ni tersentak pun ye...lagu ni cukup beri kesan dlm diri aku..ni la lagu yg aku dengar dari aku start keje sampai la aku balik keje..dan lagu ni jugak aku bagi dekat kwn2 aku yg telah mengikut jejak aku..untuk ape??ntah la..

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta