Friday, May 25, 2012

Terukir di tangan ku...

Sebelum.... 
Selepas...


Nota Kaki:mood pengantin melanda...hahaahha...

Wednesday, May 23, 2012

Kenapa???

Salam semua.. 

Kenapa sizukahana87????

Dari aku 17tahun aku cukup suka dengan nickname sizukahana87..terbawak sehingga hari ini..susah nak hilang nickname yang dah aku guna 8tahun lepas..malu jugak dah besar panjang guna nickname budak2 lagi...macam mana boleh dapat sizukahana87 tu sebab kecik-kecik dulu aku cukup obses dengan kartun doremon..dah 1,1 watak dalam tu sizuka aku paling suka...hana pulak hujung nama aku jadi gabungkan dapat la sizukahana87 tu..

Kelakar pulak rasanya kan..korang mesti ada nickname yang korang suka..aku ni entah bila nak berhenti guna nickmane sizukahana87 pun tak tau..hanya masa yang menentukan segalanya...kalau orang kenal aku mesti tau dah nickname aku ni..apa yang aku tak guna dengan nickname tersebut...dah melekat kot dengan aku..sebenarnya dah sebati dalam diri aku...kongsi la nickname korang..nak tau jugak..ok la adios...semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya...

Monday, May 21, 2012

Hepi besday Nur Aqilah Farzana


Hepi belated besday aqilah...semoga panjang umur dimurahkan rezeki menjadi anak yang solehah..ucapan biasa orang ucapkan setiap kali besday kan...entry basi la kot besday aqilah dah berlalu dekat 20 hari tapi takper maklang buat entry tok aqilah ni mane tau dah besar nanti terjumpe balik entry2 pasal aqilah balik kan time tu tak payah la cite ngan maklang yer...malu kot da tua nanti anak buah dok cite balik...

tahun ni tak dapat sambut besday aqilah maklang bagi hadiah jela yer...jaga jam pink maklang bagi tu ok jangan kena air yang penting masa besar nanti jadi orang yang pandai menghargai masa yer..bila dah dapat jam mula la mulut murai tu tanya macam-macam penat la nak jawab soklan aqilah ni...

~Graduate sudah~

Selamat malam semua..

Jumaat hari tu kiteorang 1family pergi sabak bernam meraikan Konvokesyen PSIS kali ke-7.Kiteorang gerak selepas zohor ke Sabak Bernam..dan aku agak teruja nak sampai sabak bernam..kiteorang sampai sana dalam kol4 lebih la kot..rehatkan badan semua dalam kol6 lebih aku dengan mak merayau tengok kawasan dengan anep sampai sg. besar kiteorang pergi..

Lepas maghrib kiteorang pergi makan ikan bakar dekat D'Muara Marin Park..macam-macam order baru RM180 tapi itu la..mintak butter prawn sekali dihantar udang goreng tepung gandum..OUT sungguh macam tu jugak sotong menghampakan jela rasanya.nasib la ikan bakar dia sedap boleh diterima tekak lar..kerang bakar pun ok,siakap 3rasa pun ok kailan ikan masin dia boleh lah..Gambar makan malam tak amek pun..dah lapar lupa nak snap2 gambar...

Lepas konvokesyen kiteorang balik solat semua keluar pergi makan mee udang pulak dekat B.N.O..perghhh..memang tip top lah..penuh jer gerai makan kat sana..memang terangkat la makan mee udang special dengan melimpah ruah udang dia..anep dengan angah makan nasi goreng udang..sedap jugak macam mee udang dia..total kiteorang makan dalam RM51.00. Ondaway balik kiteorang cari pulak jus kedondong..sedap rupanya ada masam-masam,pahit kulit tapi memang sedap..

Sampai rumah layan hindustan kejap lepas asar kiteorang gerak balik putrajaya singgah dulu satay hut dekat tanjung karang...wahhhh...gila sedap satay dia..70sen secucuk..order 100cucuk makan dalam keta..gila sedap..tapi jauh sangat pulak kalau nak makan satay sampai tanjung karang kan..memang puas makan 2hari tu..cuma nasi ambeng je tak pergi makan tapi anep beli bawak balik masa hari ahad tu..so percutian kali ni puas sesangat..semua entry makan tak ada gambar..makan mee udang kemain ramai orang segan nak snap gambar makan satay dalam kete segan nak snap malu kot..korang try jela makan mee udang B.N.O dengan satay hut @tanjung karang..

Pasal konvo anep..aku malas nak ulas panjang-panjang jamu jela gambar yang aku upload ni..tengok budak2 ni konvo terasa nak konvo lagi..InsyaAllah...aku akan sambung belajar lagi tapi bukan dalam waktu terdekat ni lah...yang best dapat jumpa buah hati dak anep ni..ok harap-harap boleh go la dengan aku dan kakak ipar aku 2orang tu..








Adik ipar to-be.. InsyaAllah..
Nak selit gak la konvo aku dulu..Jeles tengok anep pakai jubah konvo..doa-doakan aku kuat nak sambung stady balik niat dihati nak ada degree walau macam mana pun sekali..cuma sekarang takdak mood sambung blaja..Ok adios...

Wednesday, May 16, 2012

Dedikasi buatmu...

Selamat pagi..semoga hari-hari mendatang penuh dengan keceriaan..InsyaAllah..

Ok!!hari ini 16 Mei...ada apa dengan 16 mei??special sangat ke kan...special tak special korang yang tentukan..aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru dan bakal jadi guru..semoga kalian tidak jemu dalam memdidik generasi harapan bangsa..

Kalau diimbas kembali zaman persekolahan paling banyak kenangan manis..dimana kenakalan kita semasa remaja...kalau diingatkan setiap tahun pasti pelajar tertunggu-tunggu hari guru..berebut nak belikan hadiah buat cikgu-cikgu kesayangan kan..macam-macam aktiviti la yang dapat kita buat masa hari guru..(Ok..nak cuci mata intai secret admirer sebenarnyer)

Buat cikgu yang pernah mengajar aku di SK Kepong, SMK Kepong, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Port Dickson dan cikgu yang terlibat secara tidak langsung diatas kejayaan aku terima kasih aku ucapkan diatas ilmu yang telah dicurahkan sehingga aku berjaya menjadi seorang insan..Terima kasih cikgu..Jasamu ku kenang sehingga hayat..

p/s: bila nak capai cita-cita jadi cikgu??sudah 25tahun..Jom ambil degree...

Tuesday, May 15, 2012

Welcome..Mohd Danish Hariz



Jauh disudut hati kecil..

Selamat malam semua..

Tak tahu nak start dari mana..tapi lepas aku baca penulisan seorang insan ini terus aku rasa sebak..entah macam mana aku boleh merasa kesedihan penulis..tiba-tiba aku terfikir dalam kita bahagia sehingga lamakah bahagia bersama kita..tak tergambar perasaan aku ni..

Sedangkan kita tahu setiap insan yang hidup pasti 1hari nanti kembali kepada-Nya..aku banyak skip beberapa entry sebab takut mata aku bengkak..ini bukan kisah novel..ini kisah hidup seorang isteri..seorang ibu..Ya Allah..Engkau kuatkanlah semangat hamba-Mu itu supaya dapat membesarkan cahayamata beliau menjadi muslimah kebanggaan-Mu.

Bagi aku kita hanya merasa sedikit kesedihan tetapi orang yang mengalami keadaan itu sendiri yang mengetahui kesedihan itu..bila aku baca je kisah ini aku teringat bagaimana induk aku mengharungi keadaan ini seorang diri dalam keadaan mengandung anak ke-2..6tahun  sudah berlalu..Arwah bapak telah kembali kepada Penciptanya..kita hanya melihat ketabahan seorang isteri dan seorang ibu membesarkan anak tetapi disebalik hati pasti terdetik alangkah bahagia jika dapat membesarkan anak-anak bersama suami tercinta..

Ya, aku belum berumahtangga..tetapi kisah setiap manusia yang telah diuji oleh-Nya aku sematkan sebagai pendorong semangat aku supaya tidak mudah jatuh dengan setiap ujian yang diberi..kita tidak tahu sampai bilakah kebahgiaan mendampingi kita...kadang-kadang aku terfikir dimanakah orang yang diuji ini mendapat kekuatan supaya bangkit meneruskan kehidupan harian..aku percaya apabila kita terima takdir kita sebagai Qada dan Qadar yang telah ditetapkan pasti Allah suntik kekuatan dalam diri..

Bukan sedikit kisah-kisah hidup yang aku pernah baca tapi..setiap kali aku baca kisah ini hatiku bagaikan terasa kehilangan itu..Entahlah hatiku tidaklah sekuat mana..tambah-tambah melibat kematian.Ya..aku tidak kuat..sesungguhnya aku takut menghadapi kematian itu padahal kematian itu pasti akan terjadi..mungkin apabila aku membaca orang kehilangan orang kesayangan membuatkan aku teringat dengan Arwah wan dan atuk yang aku kasihi. 

Ya Allah...kau suntiklah kekuatan ketabahan didalam insan-insan yang telah Engkau uji supaya menerima ketentuan yang Engkau berikan..dan engkau titipkanlah kekuatan didalam diriku supaya menjadi hambamu yang tabah dan redha dengan setiap ujian-Mu itu..sakit dan kesedihan masih terasa apabila hubungan yang aku bina selama 5tahun yang kuharapkan berakhir dengan pernikahan putus ditengah jalan walaupun sudah hampir 3tahun masih terasa ini kan pulak hubungan suami isteri dimana kita berkongsi hidup tinggal meninggalkan kita buat selama-lamanya..Al-Fatihah.

Benarlah kalam Allah, ayat (ar-Ra’d)13:28 “orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”