Monday, July 8, 2013

Ujian

Sangat...sangat..sangat sedih
Sangat..sangat..sangat down
Ya Allah...aku sehabis daya untuk menjadi seorang sahabat yang baik...
Untuk menjadi sahabat yang menyenangkan buat sahabatku..
Sahabat yang boleh mengembirakan hati dan perasaan untuk mereka...

Sahabat...aku tidak meminta kamu untuk lebih..
Cukuplah engkau memahami isi hati..
Tak terdaya aku memenuhi segala piawaian yang kamu semua idamkan
Tidak cukupkah aku ada bersama kamu ketika susah senang jatuh bangkit 

Aku cuba bagi  yang terbaik apabila aku menjalinkan ikatan persahabatan
Jauh dan tidak berhubung itu tidak bermakna aku lupa
Bukan aku sombong dalam persahabatan
Tapi tahukah engkau bahawa aku juga ada tanggungjawab lain yang perlu aku galas

Sedangkan aku sendiri tercari-cari masa untuk diri
Tapi aku ada tanggungjawab lain yang perlu digalas...
Sedih sangat...sedih sangat sebab Allah tahu apa dalam hati ini..
Maafkan aku tidak mampu jadi sahabat yang baik untuk kamu..

Kalau itu yang kamu mahukan..
Siapa aku nak menghalangnya...
Rendahnya harga persahabatan aku yang engkau nilaikan..
Terima kasih aku ucapkan pernah jadi sahabatku..
Maafkan aku tidak mampu menjadi sahabat yang engkau impikan..











coretan: Adekah aku akan kembali seperti 8 tahun lepas?tidak mampu berkawan bila hati ini pedih dihiris dengan ucapan dan perbuatan seorang kawan...Ya Allah...jauhkan RASA itu dari hati ini...sesungguhnya aku redha dengan ujian persahabatan yang engkau berikan...buat sahabat yang ibarat kakak sentiasa aku doakan kebahagiaan kamu...

Thursday, May 23, 2013

timbul kembali...

Selamat malam semuaaaaaa...

wahhh...kemain lagi kan...
terasa lama sangat tak online ni...
update pun tidak...
banyak benda yang terjadi sejak beberapa bulan ni..
ada gembira..ada sedih..ada menyakitkan hati
ade dugaan macam-macam..
entahlah tak tahu nak cakap apa malam ni..
tapi just nak update blog yang bersawang-sawang ni..
nanti ada masa aku update blog ni balik
kita tukar background sekali bagi semangat sikit...
ok lah nak tidur...

Wednesday, February 13, 2013

Fever n flu

Selamat malam semua..entry sebelum tido...gagahkan diri update blog jangan bagi bersarang semut...masuk hari ini dah lima hari aku diserang batuk selesema dan demam..oleh itu saya mengistiharkan cuti pada hari ini...ok pandai ko bagi cuti kat diri sendiri...bukan apa xlarat nak celik mata pagi tadi..jadi xpayah pening2 kita cuti jela...esok tak tahu macam mana sama larat ke tak Allah yang menentukan...cukup untuk hari ini..semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat sahabat sekalian...moga cepat2 sembuh wahai nurul farhana..xlarat dah hidung sok seh sok seh...oh yer selamat malam korang...

Malas or takut jumpa doc telan la ubat adik...

p/s:ayah suruh makan madu dengan limau nipis...ohhhh..masam sungguh walaupun bercampur dengan madu...

Monday, February 4, 2013

Dari jari kecilku-part 2

Hai...assalamualaikum korang...sekarang kemain kau update by tepon jer...kita sambung lagi entry ni part 2 pulak...hari tu kite tengok adik yang beraksi kali tengok si kakak pulak...















Tuesday, January 29, 2013

Dari jari kecilku-part 1

Antara kerja yang dilakukan oleh afiqah farzana dikala ternampak iphone mak yang dia...nak tergelak tengok gelagat anak-anak aku ni sebenarnya...korang nak gedik2 depan kamera boleh tapi jangan bagi tepon jatuh ye anak-anak





















Monday, January 28, 2013

Goodbye 2012...happy birthday july-disember

Jom cuci mata dengan gambar sambutan hari lahir bagi julai-disember bagi kami2 yang disambut dan diraikan pada awal bulan 1 ari tu...penutup bagi tahun 2012...























Sunday, January 20, 2013

Entry pertama 2013



Selamat pagi entry aku buat tahun 2013..selamat tahun baru ye kamu semua..bertambah usia kita semua kan...sudah 26 tahun tapi belum lagi...

Entry ni aku taip separuh dalam henpon sebenarnya tapi itu lah tergendala disebabkan kekangan masa..oh masa jangan kau kejar diriku seperti tahun lepas...tahun ni harap-harap berlalu dengan lancar dan tenang..InsyaAllah diizin-Nya nanti...

Jadi azam korang tahun ni apa???aku bawak azam tahun lepas ke tahun ni mintak-mintak tercapai la hasrat...kalau tanya personal nak apa tahun ni dekat aku kan banyak yang aku nak buat untuk tahun ni...nikah dan bercinta terutamanya....(ohhhoiii gatal kau kan...). sasaran aku tahun ni nk update sekurang-kurang 2 cerita yang dapat aku coret dalam blog picisan aku ni...orang tak baca pun tak apa janji aku boleh belek2 balik bila dah tua nanti....

Aku ada topik yang aku rasa macam lawak jer kalau pikir2 kan...entah la skema or ape aku tak boleh fikirkan tapi benda ni dah jadi mindset dalam kepala yang satu ni..nanti-nanti aku cuba taip kot la korang boleh beri pendapat kan...(ehhh...ramai ker follower aku ni). oklah jumpa anda dalam entry akan datang..aku nak kemas baju atas tilam ni dah macam kedai baju jadinya...