Monday, October 31, 2011

Dimalam hari..

Entah kenapa mata ini tidak mengenal erti malam..tekebil2 memandang siling

Jiwa terasa kosong bagaikan tanpa perasaan

Hati ingin berkata-kata tapi tidak terluah dibibir..

Rindu kah,sayang kah,benci kah,suka kah,sedih kah,marahkah??semua bercampur baur..

Moga aku kuat menghadapi rintangan hidup dan disinari kebahagiaan hidup..kegembiraan..AMIN

Saturday, October 29, 2011

Fever n flu...

Hai korang...baru dapat update blog..seminggu yg penat dan stress..ingatkan g picnic kat pd boleh hilangkan stress tapiiiiii???dapat demam ngan seleseme..warghhh..tak sukenye...xlaratlah demam+seseme+batuk+sakit tekak sekali gus....masuk hari ni dah 3hari..xpela orang kate sakit sikit2 ni penghapus dose2 kecil...erk??betul ke?ntah lah tatau janji cepat eloknye penyakit2..xlarat dah ni...doakan cpt elok ye kenkawan..

Bile tak sihat ni tekak mule mengade2 nak mkn itu nak mkn ini...ari kamis tibe2 teringin nak makan kfc..diulang sekali lagi kfc!!!kerlas ko jah...dalam xsihat selere buaya...layankan jela bile dah teringin....dan ari ni teringin nak mkn bubur ayam..siapa yg rajin nak buat??dah la mak ayah blik kampung...kne masak sendirì la jawabnye...korang kalo demam cam ak gak ke?ke aku yg terlebih mengada2 atau gedik...

Ok la da magrib..jap lagi bola nak stat..bedar jantung aku..kompem malam ni sume status kat fb ngan twiter sal bola..nurul farhana sokong mane?hobin jang hobin!!ofcoz lah kampung terchenta kan..tapi menang atau kalah tak kesah lah..janji aku anak malaysia....negeri itu penting tapi negara lagi pentingkan..xpayah gaduh2 sape menang...sebab bukan kat dalam ic or pasport korg sume termasuk aku ni WARGANEGARA bkn WARGANEGERI..


P/s:mintak2 lah esok sihat walafiat..

Wednesday, October 19, 2011

tolak ansur dalam perhubungan

ikutkan entry kali ni jam 11.32 malam..tetibe tergerak hati nak menulis kat umah ni..kali ni nak cite pasal benda yang agak serius tapi ikutkan tak serius mane pun..saje nak buat gempak malam2 ni..yela patutnya da tidur ni masih nak karang-karang ayat pulak kan...

aku tetibe nak cite sal 'hubungan' ataupun sekarang ni orang panggil 'relationship'. pasal pa?ntah la..aku rasa sekarang sume ikut kepala angin memasing...bila bergaduh abes 1dunia tahu..mula bukak aib memasing..kan tak bagus macam tu....sepatutnya kan elok bila ade benda tak kena korang bincang hati ke hati...bukan korang g bincang muke ke muke??tangan ke tangan??kang jadi benda lain pulak...sebab aku tengok sekarang ni masing2 suke sangat show off yang korang tu tengah berperang kat fb mahupun twitter...kan elok dari bergaduh tuduh sane sane korang selesaikan apa yang patut....

bagi aku bila kite terima seseorang itu dalam kehidupan kite maknanya kite dah bersedia dengan kelebihan dan kelemahan pasangan tu sendiri...yang mana kelemahan yang kite nampak patutnya kite tutup dengan kelebihan yang kite ade..baru hidup itu saling melengkapi...bukannya kite terima setiap kelebihan yang pasangan kite tu ade tapi tidak kelemahan yang die ada...jangan kejar kesempurnaan jika kita sendiri tidak sesempurna mana pun...

lepas tu bagi aku tolak ansur dalam setiap hubungan itu paling penting..bila tiada give n take dalam hubungan pasti tak kemane..serius aku cakap sebab ape?kite semua ni manusia biasa yang ada perasaan dan had kesabaran...contoh paling senang la aku boleh bagi..katekan lah boipren/girlpren ni memang susah sangat nak tolak ansur asyik engkau je nak dengar cakap dia...cakap ko..pandangan ko tidak diherankan..nak-nak time ko gaduh lagi lah...salah sendiri pun kate salah ko..mati-matian ni kate punca ko yang buat..sanggup topup semate2 nak marah dan membebel..tak bagi langsung kite bersuara nak bincang elok2...sampai bila kite nak bertahan bile setiap kali ada masalah tiada tolak ansur nak menyelesaikan...please lar buang EGO memasing kalo sayangkan hubungan korang...hidup ini kena ade yang memberi dan menerima...bukannya yang memberi HANYA memberi dan yang menerima HANYA menerima..belajarlah memahami pasangan masing-masing...

mesti korang nak kata jatuh la ego kalau dengar cakap pasangan kita tu...ye betul tapi ape salah kalau kite turunkan ego itu sikit demi kelancaran hubungan korang????tak luak sikit pun kalo kurangkan ego tu...tidak nampak lemah pun...nanti pasangan pijak kepala kalau kite tak ego ni...heeeiiii..tolonglah..kalo ikut kepala kau sendiri ingat hubungan korang tu lancar ke???sekali,2kali,3kali boleh ikut rentak engkau tapi lama-lama dia sendiri pun boleh pikir.."tak boleh jadi Suami@isteri macam ni..abis umahtangga aku kalo berterusan camni"..baik putus sebelum berkahwin dari bercerai berai selepas bekahwin...JANGAN takde EGO langsung dah la...kene ade walaupun SIKIT...xkan la kalo pasangan tu buat salah ko kate xpela mengalah jela tak rugi pape....takmo..takmo camtu...kene ade PRO dan KONTRA yer...

kepada yang sudah bertunang pulak aku nak pesan JANGAN ikut sangat kemarahan yang sentiasa membuak2 dalam diri....memang aku belum bertunang lagi tapi pengalaman mendewasakan aku dan memberi aku pengajaran dalam masa same...dugaan semasa bertunang ni orang kata luar biasa sungguh...luar canme aku tatau lar...tapi aku rasa time ni la hubungan tu PANAS sentiasa..benda kecik boleh jadi besar...nak pandang muka tunang pun kadang menyampahkan...ehhh.yang ni bukan aku cakap orang yang cakap...lagi satu bila korang sudah buat keputusan nak bertunang maknanya korang yakin dengan hubungan korang itu...kenapa mesti ade pertelingkahan yang kadang2 tak masuk dek akal?terjumpe orang lain,sibuk dengan itu ini lar,tiada keserasian dalam hubungan itu??tolonglah...bertunang ni dah macam korang da ade tanah tinggal nak bina rumah dan atap je tempat berteduh....sebelum nak buat pape fikir masak2 dulu...dugaan semasa bertunang lain dugaan selepas berkahwin pun lain..jadi bincang dan tolak ansur itu penting..hidup tidak penah surut dengan masalah macam mana kita selesaikan masalah itu terpulang lah...

banyak pulak aku membebel malam2 ni kan...sudah-sudah la menaip nie..cume aku nak pesan kat korang dalam setiap hubungan itu pasti ada pasang surut terpulang dekat diri kita macam mana nak handle atau pegang hubungan itu...jika ada salah paham,pergaduhan kecil selesailah dengan berhemah ibarat menarik rambut dalam tepung supaya tepung tidak kene muka kita...penting korang berbincang dan cuba cari jalan penyelesaian...dan INGATLAH jika tersurat bahawa hubungan korang sampai disitu bukan salah sesiapa...sekurang2 kite dah usaha menyelamatkan hubungan itu tetapi JODOH,PERTEMUAN,AJAL dan MAUT ditangan-Nya..kita sebagai hamba-Nya menerima Qada dan Qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi...dan janji Allah dikurniakan yang Baik untuk kita tapi ditarik baik itu PASTI ada yang TERBAIK dari baik tadi untuk kita...

last nak cakap pasni tak taip panjang2 dah...jangan mencari kasih mencari cinta mencari sayang diatas rupa paras fizikal sahaja...carilah kesempurnaan itu dari dalam...akan kekal segala kecantikan dalaman itu jika nak diukur kecantikan sementara fizikal sahaja...kalau jumpa rupa paras itu indah dan sempurna itu bonus jika diiringi kecantikan dalaman itu...yang lain2 tu ikut koranglah...jangan masa bercinta i luv u..u luv me dah kawen lantak u la nak tunggang ke nak terbalik...apa-apa pun aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat korang dan aku sendiri..

dan yang mana belum bertemu adam@hawa masing-masing jangan bersedih hati..semua orang akan jumpa tulang rusuk memasing...wah..wah..wah...ok2..yang ni nak pujuk diri sendiri ok...ramai yang mendirikan masjid sejak kebelakangan ni..nak jugak..nak jugak...mak nak kawen...tapi calon belum jumpa lagi nie...hahahah..sudah!!!sudah setat nak merapu...selamat malam korang...mimpi indah ok..yang tengah bergaduh pegi mintak maaf cepat...babai...aku upload video abg mat aku nie..khas tuk korang yer....


video ni tuk suka-suka jer..rindu ngan abg mat ni..nak mimpi sal dia lah...ok la korang pening korang bace entry kali ni..melalut tak tentu hala je aku ni kan....kalau ada yang terasa hati ape yang aku cakap kat atas mohon sepuluh jari kemaafan diatas penulisan dan pandangan aku...sori ye kalo aku taip panjang lebar berakhir sudah tulisan aku kali ni jam 12.57 tgh malam..





p/s:ni pandangan aku tidak melibatkan sesiapa mahupun mengata kepada sesiapa..lebih kepada pengalaman sendiri...dan sekarang makin miang nak kawin..tarikh dah jumpa calon belum lagi..sape pegang kunci hati serah cepat sikit...hehehe..

Monday, October 17, 2011

Janji Allah Taala Kepada Orang Yang Hendak Berkahwin

Jalan-jalan melawat blog jiran-jiran nak hilangkan stress helpdesk jumpe pulak entri best ni...boleh sharing2 ngan korangkan...best dan menarik pulak tajuknyer...terasa pulak nak nikah cepat2...hahahah..sudahlah calon pun tak jumpe lagi da berangan nak menikah...panjang betul la entri ni tapi boleh jela nak bace sampai abes...kak asiah..kite share kat blog sizukahana87 okeh...

Pertama:“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

Kedua:“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)

Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin.

Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri- isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

Ketiga:“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160) Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

Keempat:“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda- tanda bagi kaum yang berfikir” (lah Rum : 21)

Kelima:“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada- Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60) Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya.

Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll. Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai- sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.

Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam: “Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad) Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35). Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

Keenam:”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

Ketujuh:“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

Kelapan:“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7) Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

Kesembilan:“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar- benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

Kesepuluh:“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.



Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah ?

p/s:kak asiah pinjam jap yer entry akak nie..

Sunday, October 16, 2011

entry air mata dipagi hari....

AMARAN: ENTRY PAGI INI ENTRY AIR MATA...

Entah macam mana dok layan yotube sekali terklik video ni...tak sedar mengalir air mata tanpa dipaksa...entah aku yang terlebih emosi malam ni...ada 2 video yang buat aku menangis tibe2..sudah beberapa kali aku post lagu teman sejati ni..teringat dekat kawan2 aku yang menjadi tonggak belakang aku dikala aku sedih mahupun gembira..

entahlah mungkin emosi aku terganggu nak berpisah dengan anis atau aku memang rindukan kwn2 aku...."Ya Allah semoga Engkau peliharalah aku dari menjadi seorang kawan yang ingin mengambil kesempatan ke atas kawan-kawan yang lain dan Engkau peliharalah kawan2 ku dari menjadi manusia yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan kawanya..."

bila kita sayangkan kawan2 kite nak berpisah pun sedih padahal perpisahan yang terjadi tu terbaik untuk dia kan...tapi itu la bila kite ikhlas dalam persahabatan mesti kite terase kehilangan dia...wahai sahabat sungguh bertuah aku menjadi salah seorang sahabatmu..semoga persahabatan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat...




yang ni pulak video untuk ibu2 kite...asal menangis???mestilah..kalo korang pun mesti nanges punye..sape tak sayang mak ayah sendiri..kalo ade yang tak sayang mak ayah dorang memang la korang ni sudah hilang sifat penyayang dalam diri tu....

kadang2 kite tak nampak macam mane mak ayah tu sayang kite kan....orang kate tak reti show off sayang tu macam mane..tapi dari gerak geri dan perbuatan kite tahu mak ayah kite tu sayang kite...sayangilah dan hargailah mereka sementara mereka masih hidup...

kalo korang tak caye mak ayah korang ni sayang korang cube tengok kalo korang sakit macam mane risau dorang tu...aku cakap dari ape yg jadi kat aku..mase sihat ni memang la keje bercekau ngan mak...tak mak yg cari gaduh...aku yang cari gaduh..tapi bile aku demam teruk yang risau ofcoz la mak...to korang ingat yer gaduh2 jugak tapi jangan sampai menguriskan hati mereka..PERINGATAN untuk aku jugak yang kadang kala terlepas laku...



buat korang sayangilah kawan-kawan dan ibubapa korang yer...jadilah kawan dan anak yang terbaik untuk orang2 yang korang sayang..mata dan kepala dah berat nak tido...itulah akibatnye kalo jiwe tu suke tauching2 lelebih nie...ape nak jadi ngan aku pun tatau...selamat malam korang...

P/S:ada ke kawan yang akan peluk aku bila aku dalam kesedihan?yang akan menjadi penyokong untuk aku berpaut...

Saturday, October 15, 2011

Penanda buku dari Ilya Abdullah...

Selamat malam...baru berkesempatan nak menulis balik....2,3 minggu yang mencabar minda dan emosi sehingga tenaga diperah 100%...harap2 minggu akan datang tidaklah mencabar dari minggu2 lepas...badan terlalu penat sampai kite tak boleh tido dibuatnyer...

sebenarnye nak bercerita pasal dapat penanda buku dari novelis ni..ala..bangga kemain kan aku ni..padahal bukan dapat hadiah dari orang besar pun kan....penulis novel je pun...tapi oleh sebab aku ni pencinta novel2 maka hadiah kecil ini pun dah macam dapat hadiah besar...memasing ade hobi yg memasing suke..macam aku novel ni macam teman aku...teman dikala aku bosan..dikala aku sunyi dan dikala gembira...walaupun aku ade BFF's ok...tapi bff aku tak suke bace novel lar..(hahahah...anda seorang yang jiwang ok)

Oleh sebab hobi yang mcm mane boleh lekat dihati ni pun tatau lar...aku ni rajin follow blog2 penulis novel...yang mane berjinak2 di dunia penulisan...dorang punye cerita ni boleh buat aku hilang stress kat opis yang pentingnyer...(ok..itu dulu..sekarang sibuk mengalahkan pm tak boleh bukak blog kat opis takde mase).




dua penanda buku yang aku dapat dari penulis novel coke n sundae,566 hari mencari cinta..thank kak ya bagi 2 penanda cute ni kat kite yer...korang kalo rajin boleh jer g blog Penulis . Mane tahu korang pun kaki novel gak kan...tak pun nak berjinak2 dengan dunia penulisan....nanti dapat lagi penanda buku yang comel dari kak ya..sebab dapat jawab soklan dari die...ok la ini je nak cite tok kali ni...

P/S:aku hanya reti baca novel nak buat novel cerita yang menarik untuk orang baca tidak sama sekali..aku bukan insan yang boleh melahirkan perasaan melalui kata-kata...

Monday, October 10, 2011

baby humayra

Selamat melihat dunia nurul humayra...semoge kelahiran ni dapat menjadi penyambung ikatan persahabatan kami sume...tatau la nak kate ikut muke sape tapi yg penting mesti la muke mak pak humayra ni kan..xkan la muke makcik die ni kot...hehehe...korang tengok jela muke anak buah kiteorg yang baru ni....berat die mase lahir 2.77kg jer..sume gamba2 ni amek dari fb mummy humayra ni..cikna belum jumpe lagi baby mayra ni..tunggu ujung bulan la yer..cikna datang ngan maklang mena...









p/s:teringin nak jumpe anak buah yang kat terengganu tu..bile dapat jumpe pun tatau...

Monday, October 3, 2011

terapi stress~~matluthfi90

Selamat malam sume...sejak 2menjak ni aku dilanda stress yang teramat sangat...nak-nak mase bulan puase tu sampai la raye...oleh sebab aku stress je manjang jadi kene la cari terapi lainkan untuk hilangkan stress...nak berchenta dan berkasih sayang buat mase ni memang takde calon...jadi tak boleh la nak sharing2 masalah cam dulu....asal ade je masalah sharing2..nak orang dengar masalah kite pastu bagi kate semangat kat kite kan...hahahaha..siyes nak gelak sampai kua air mata..tak matang langsung ko ni kan....(bole la cakap tak berchenta lagi kan)

aku jumpe jugak la 2,3 cara buat stress aku hilang tanpa seorang kekasih disisi....(ecececeh...poyo je kan)...serius memang aku da jumpe yang betul2 buat stress aku makin berkurangan sehingga aku boleh bergelak sakan sekarang ni...aku cite la ape bende yang aku buat boleh ilangkan stress aku ni...pertame bile korang stress yang teramat sangat korang cube makan coklat...mesti korang rase freshhhhhhhhhh gile lar....cam aku lebih suke makan coklat hitam tu..coklat stress aku panggil lar....coklat ni pahit sikit lar..agaknyer bile kite stress perut lapa la kot tu yang nk makan kan..korang try la....jangan korang makan orang dah lar....(yg ni lebih kpd diri sendiri..)

yang kedua pulak aku rajin jugak layan video2 bole buat aku ketawe..contohnye tengok video yg boleh buat korang rase sangat2 cool...macam skang ni aku layan video2 dari matluthfi90...seyes memang kelaka....nak2 video2 die bukan video kosong...orang kate bukan buat video syok sendiri takde intipati...bole dikatekan sume vidoe2 yang cube matluthfi ni nak sampai ade mesej yang boleh buat ko berfikir...sambil2 tu korang layan la gelak tgk video die...dengan "lograt" utara die tu...memek muke die..(budak ni serius sweet....terpikat okay..)

aku attachkan la serba sedikit video matluthfi ni..yang mane aku suke la...seyes aku main gelak2 jer..kalo plan xpe gak..ni abes sampai umah leh dengar..abes setan berterabur kua dari perut...kalo korang rajin korang leh pegi terus page matluthfi ni kat youtube...ala korang pegi je dekat LINK ni...










ni antare2 video faberat aku lar...kalo korang nak tgk kat utube g jela link yang aku bagi kat atas tu yer...so lepas ni harap2 aku tidak la dilanda stress yang melampau...tak syok keje takde cabaran kan..jadi sekarang ni think positif jer..InsyaAllah akan dipermudahkan segale urusan dengan bantuan dari-Nya..tawakal dan ikhlas dalam membuat sesuatu kerja itu pasti diberi ganjaran yang tidak ternilai....so korang smileeeeee.....