Showing posts with label sesaje. Show all posts
Showing posts with label sesaje. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Membebel sesaja dimalam selasa...

Selamat malam...

Entry biasa untuk malam ni..just nak update beberapa aktiviti yang bakal berlangsung dalam minggu ni...(Macam orang bz sangatkan gayanya)...

Minggu ni boleh dikatakan minggu sibuk aku disebabkan aku kursus selama 3hari...minggu yang aku rasa minggu untuk kejar output...itulah dah kata jangan main2 ni bila hujung bulan kalut kejar output...dah macam kerja kat kilang pun yer dok kejar output bagaikan...tapi aku bukan minah kilang aku minah fail..

Puasa lagi 3minggu ramai dah start nak ganti puasa..nasib la aku dah ganti siap2..ni pun cuma nak ganti puasa nazar sebab aku tak sihat dulu..InsyaAllah..isnin depan aku puasa nazar..bila dah dekat nak raya aku mula la buat baget raya, berapa nak dihabiskan untuk tahun ni...

Hujung minggu start minggu ni sampai sebelum puasa jadual aku penuh..kiteorang nak buat kenduri arwah dan kenduri nak sambut puasa..tak sabar nak puasa tahun..(yeahhh..dapat turunkan berat badan).. korang dah ready ke nak puasa?ke dah tak sabar nak raya???tak sabar nak sambut umur aku 25tahun pun yer..oh mak ekau..25tahun...sudah tua..rasa baru jer 17tahun...nak hadiah tau korang2 sekalian..nanti aku update sal jamuan hari jumaat lepas..sekarang nak rehat sambil tu tunggu masterchef selebriti...



p/s:bila nak sambung belajar lagi???

Wednesday, May 23, 2012

Kenapa???

Salam semua.. 

Kenapa sizukahana87????

Dari aku 17tahun aku cukup suka dengan nickname sizukahana87..terbawak sehingga hari ini..susah nak hilang nickname yang dah aku guna 8tahun lepas..malu jugak dah besar panjang guna nickname budak2 lagi...macam mana boleh dapat sizukahana87 tu sebab kecik-kecik dulu aku cukup obses dengan kartun doremon..dah 1,1 watak dalam tu sizuka aku paling suka...hana pulak hujung nama aku jadi gabungkan dapat la sizukahana87 tu..

Kelakar pulak rasanya kan..korang mesti ada nickname yang korang suka..aku ni entah bila nak berhenti guna nickmane sizukahana87 pun tak tau..hanya masa yang menentukan segalanya...kalau orang kenal aku mesti tau dah nickname aku ni..apa yang aku tak guna dengan nickname tersebut...dah melekat kot dengan aku..sebenarnya dah sebati dalam diri aku...kongsi la nickname korang..nak tau jugak..ok la adios...semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya...

Friday, January 27, 2012

TAKDER TAJUK...

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa....jawab sayang...selamat malam..saja nak buat entry sebelum tidur..tak kerja pun penat kalau kerja lagi penat kot...esok kerja pada hari jumaat..mood???kena kuat kot..biasalah cuti nak kerja balik MALAS.Malam ni sebelum tidur kena tetapkan niat bangun esok kena senyum dan semangat..takmo malas2 yer...

Tadi sempat tengok semanis kurma lagi tajuk boleh tahan hot jugaklah..yang tu nanti lar aku kupas dan simpul pendapat aku...ini semua pendapat aku tidak kait mana2 pihak mahupun menyindir ok..kadang2 tak salah berkongsi ilmu..

Tak payah la cita benda serius dalam ni cuma nak cakap minggu ni ada family gathering dekat rumah sepupu maka dengan itu akan ada lar entry pasal keluarga besar aku kan...masa untuk berkumpul dan merancang aktiviti pada tahun ni selain tu perkembangan family masing2 kot...

Taknak tau ker cuti sebab apa?cuti sebab nak hantar adik balik kem plkn je pun...sampai bercuti ko yer senah...itular bukan nak cakap apa lar...nama pun kakak dan anak mestilah jalankan tugas..tak kisah la cuti pun kalau tak bersyukur dapat kakak macam ni taktau lah...dah hantar ke hentian kajang kiteorang g IKEA pulak..haha3..benda aku boleh cakap..TAK BEST...mungkin sebab takdak arah tujuan tu yang tak best...serabutlah ramai orang dalam tu..pening kepala tengok ramai orang..dah la malas nak merapu panjang2 esok pagi aku coretkan sedikit dalam ni..Sebelum tidur jom kita dengar lagu dekat bawah ni...Selamat malam semua..Wassalam..


p/s:Tak dapat air 100plus pun nak merajuk....Nurul Farhana..Nurul Farhana...Alahai anak mak...

Wednesday, January 25, 2012

Random

Assamualaikum...

Tak jawab dosa jawab sayang...sementara tunggu geng join reban jadi aku dengan ringan tangan menaip dekat diari yang kadang2 tak privete pun...segan la orang mintak nak baca apa yang aku tulis ni...kadang2 macam kanak2 ribena pun yer dok menulis..lebih kepada merapu sebenarnya..

Hari ni kan baru start kerja lepas cuti chinese new year kan...memang dah tahu tahap kemalasan sungguh tinggi...tak payah nak kelentong kata rajin...tambah2 ada lawatan 5S dekat unit aku maka bertambah la malas aku nak buat kerja...bukan apa kalau aku buat kerja telinga mesti disumbatkan dengan gaban...layan lagu sambil buat kerja..wahhh..seronok okeh...Pasal lawatan tu sebenarnye ok jer tapi oleh sebab tempat aku menjadi laluan utama maka aku melarikan diri dari bermastautin disitu...tak boleh la orang tgk aku buat keje ni ha..nak nyanyi pun terganggu...(okeh...suara tak sedap..)

Nak dipendekkan cerita hari ini kerja yang aku buat dari pagi sampai petang ialah berborak,mengacau orang lain,berchat dgn geng2,makan,update blog,baca cerpen dan sambung borak...ha3 sungguh takda kerjakan...tapi kalau tengok meja nurul farhana ada jer fail2 belum buat...xpela mood tak sampai lagi jumaat dengan senang hati siapkan kerja tu semua...lupa pulak nak cakap sebenarnya aku dok hadap pc baca cerpen dengan edit picture aku ngan anak2 buah tersayang....macam2 gambar la aku buat....ada ber2..ada ber4...dah jemu tengok wall lama jadi tukar supaya lebih semangat buat kerja...(hahahaha..semakin lama semakin poyo ayat aku dalam ni...)


Yang ni wall lama aku dekat pc tu dah jemu so aku tukar yang baru lepas edit dan cantum2 gambar2 anak2 buah aku...yang kt bawah ni aku tukar sikit la patern dia..nanti bulan 5 aku masuk kan anak buah aku yang baru pulak..asyik gambar dengan anak buah jer..anak sendiri bila lagi???aku tunggu suami penyayang idaman aku yang pernah aku tulis dulu...InsyaAllah tak boleh nak kata bila aku tamatkan zaman bujang..calon belum jumpa lagi...rasanya cukup la aku bercinta lepas nikah..penat la bercinta sakan tapi tiada penghujung...chop2..jangan bagi aku bukak cerita lama la...kata redha dengan ujian Allahkan....


Cantik tak?pandaikan aku edit bagi semua orang perasan muka2 kesayangan aku tu...baru semangat nak buat kerja..sori la bersepah sedikit meja aku...yang gambar budak baju pink tu aku lar..comel kan..comelkan... sebab tu anak2 buah semua comel2 belaka rupanya dapat kecomelan dari sapa...maklang dorang lar...(perasan..Sila muntah..). bila mood tak sampai jadi keje tak jalan jadi otak ni rajin je buat benda lain...hasilnya ini lar...ok la nak join reban geng da masuk jumpa lagi yer..Wassalam..

p/s:Esok cuti....borang dah isi tak isi dalam Hrmis lagi...

Sunday, December 25, 2011

idam suami kaya

Suami kaya??oh tidak...sesiapa pun berharap mempunyai seorang suami yang kaya kan...aku pun berharap akan mendapat seorang suami yang kaya raya...siapa yang taknak suami kaya kan...

bagi aku bukan duit buat seseorang lelaki itu kaya..kaya raya itu tidak perlu kita memandang secara material..bagi aku cukup la seorang lelaki itu kaya dimata Allah...kaya dengan sifat-sifat mahmudah bukan sifat-sifat mazmumah..pening kepala kalau dapat laki camtu....tspi kalau dapat suami kaya dari segi material kira bonus yer..get 1 free 1..hahahah..(gurau jer)

gatal jugak aku bila kali ni cerita isu suami...siapa yang tak mahu berkahwin bukan?menbina rumahtangga yang diberkati dan diredhai Allah...bila difikir2kan macam mana nak tahu seorang lelaki itu kaya dengan sifat terpuji kan??setiap manusia akan menunjuk siapa diri sendiri walaupun sedikit...bila berkawan kita tahu macam mana seseorang itu...semoga 1hari nanti berjumpa seorang suami yang kaya dimata Allah yang mampu membimbing aku kejalan yang lurus dan diredhai-Nya...

p/s:ada orang kata aku suka tulis macam karangan..nak buat camna dulu BM dapat A...heheheeh..