Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

2014

Selamat pagi semua..
Dah berhabuk dah bersawang semua ada..pembukaan entry baru tahun baru..umur pun dah bertambah 1 angka kan..

Bagaimana aktiviti korang tahun baru ni?ada perubahan atau tidak..serius sekarang memang tak ada masa nak berblog nak bersosial pun rasa tak sempat..kalau macam ni nak cari jodoh pun tak sempat..hahahah..yelah tu kan tak sempat..InsyaAllah satu hari jumpa jugak soulmate yang boleh terima kekurangan diri ni..

Jadi kita simpulkan sikit aktiviti tahun ni dan aktiviti yang dah lepas..minggu ni kami family besar yayasan ada family day dekat bagan lalang lepas tu kemungkinan free sikit tapi...ada tapi sebab fail dekat tempat melimpah bagai nak gila..yang tu nak speed guna kuasa kuda pun tak mampu kejar..jadi alamatnya berkampung la untuk siapkan..

Lepas tu baru-baru ni ada dengar opis nak di korporatkan dan kemungkinan besar kena keluar dari sini..
stress jap takut dapat tempat bukan dalam putrajaya..tapi servis lagi 33 tahun tak kan nak duduk sini sampai pencenkan..ok sahut cabaran kita keluar dan belajar benda baru lepas ni...cari kawan baru..oh boleh ke??budak sombong susah nak dapat kawan ok..saya tak sombong tapi saya pemalu...(gedik).

Apa lagi nak cerita yer...fikir jap!!kot la pasni tak ada masa nak tulis-tulis sebab nak guna speed harimau pulak siapkan fail ni sume..Oh..doakan aku dapat simpan duit dengan jaya untuk tahun ni..nak buat apa?saja nak simpan duit..lepas tu aku ada azam yang aku nak buat untuk diri...untuk ayah dan untuk mak..setakat ni boleh lagi follow tapi tak sempat nak buat benda sampingan bagi cepat sikit keberkesanan dia tu..

Last but not the last, sekarang ni ada masalah sikit melibatkan family doakan semua akan berlalu dengan cepat dan hubungan itu kembali seperti dulu..tiada lagi kemarahan tiada lagi air mata..anggap ini salah satu dugaan yang berlaku pastinya ada hikmah yang besar menanti..moga pelangi yang cantik muncul selepas hujan panas berhenti..moga ikatan kekeluargaan lebih utuh dari sebelum ini..InsyaAllah dengan izin-Nya..

Tak tahu nak kata apa lagi jadi kita stop la kat sini dulu ada masa ada rezeki ada jodoh jumpa lagi coretan yang biasa-biasa dari diri ini..lebih kepada suka-suka bukan nak menunjuk-menunjuk pun..bersederhana lebih baik dari berlebih-lebihan..moga tahun ini kita mencari apa yang perlu moga perbaiki apa saja kelemahan diri sendiri..ehh..sebelum itu boleh tak nak pesan dekat diri terutamanya ingat jaga setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kerana berbisanya kata-kata seseorang itu yang boleh membuatkan orang terasa dengan kita..

Sekian dari saya yang serba kekurangan tapi penuh kasih sayang....moga kita berjumpa lagi..bye..


Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hujung minggu

2,3 hari ni macam ada mood nak masuk blog dan meninggalkan jejak dalam diari alam maya ni...ekoran tak dapat makan satay hari ni jenjalan dengan angah dan mak..seronok dapat duduk belakang dan tinggalkan keje part time sebagai driver..

Kalau ikutkan dari semalam mak sebut nak pergi IKEA jadi hari ni kiteorang pergi la sana...second time aku ke ikea..kononnya second time ni aku ok la pergi sana tapi.....oh no..bukan tempat aku nak shopping ke atau nak window jer..masuk dalam tu 5minit kepala aku dah pening tengok ramai orang dan bunyi agak bising dengan budak-budak...

Ingatkan masa first time tu tempat baru ke rasa pelik macam tu..second time jadi jugak jadi kesimpulan bukan tempat aku lar nak jalan-jalan kat tempat orang kaya ni...taraf alamanda je rupanya aku ni...hehehehe...last-last kiteorang pusing balik cari jalan keluar...tangan dapat sambar lilin wangi jer..kekonon nak beli rak kasut..yang ado jelah..

Lepas tu masuk the curve cari big apple..rupanya macam2 jenis ada makanan yer kat tempat2 orang kaya ni..antara pernah dengar dengan tak je kedai tu semua...oleh sebab kiteorang tak makan tengah hari jadi pergi cyberjaya nak telan nasi arab pulak...ok puas hati dapat makan nasi arab...kali ni anep ada join kiteorang makan nasi arab..nampaknya tangguh dulu satay ke hari lain...

Cukup-cukup la tu...tak tahu nak tulis apa lagi...cuma harap esok semangat pergi kerja dan ceria sepanjang hari...semangat..semangat untuk esok..dah lah aku nak siap-siap nak keluar jalan-jalan menikmati keindahan putrajaya...