Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hujung minggu

2,3 hari ni macam ada mood nak masuk blog dan meninggalkan jejak dalam diari alam maya ni...ekoran tak dapat makan satay hari ni jenjalan dengan angah dan mak..seronok dapat duduk belakang dan tinggalkan keje part time sebagai driver..

Kalau ikutkan dari semalam mak sebut nak pergi IKEA jadi hari ni kiteorang pergi la sana...second time aku ke ikea..kononnya second time ni aku ok la pergi sana tapi.....oh no..bukan tempat aku nak shopping ke atau nak window jer..masuk dalam tu 5minit kepala aku dah pening tengok ramai orang dan bunyi agak bising dengan budak-budak...

Ingatkan masa first time tu tempat baru ke rasa pelik macam tu..second time jadi jugak jadi kesimpulan bukan tempat aku lar nak jalan-jalan kat tempat orang kaya ni...taraf alamanda je rupanya aku ni...hehehehe...last-last kiteorang pusing balik cari jalan keluar...tangan dapat sambar lilin wangi jer..kekonon nak beli rak kasut..yang ado jelah..

Lepas tu masuk the curve cari big apple..rupanya macam2 jenis ada makanan yer kat tempat2 orang kaya ni..antara pernah dengar dengan tak je kedai tu semua...oleh sebab kiteorang tak makan tengah hari jadi pergi cyberjaya nak telan nasi arab pulak...ok puas hati dapat makan nasi arab...kali ni anep ada join kiteorang makan nasi arab..nampaknya tangguh dulu satay ke hari lain...

Cukup-cukup la tu...tak tahu nak tulis apa lagi...cuma harap esok semangat pergi kerja dan ceria sepanjang hari...semangat..semangat untuk esok..dah lah aku nak siap-siap nak keluar jalan-jalan menikmati keindahan putrajaya...

No comments: