Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Cuti-cuti duduk rumah...

Assalamualaikum...selamat malam sayang2 ku...

Gedik sungguh awak ye nurul farhana...rasanya belum terlambat nak ucap selamat menyambut maulidur rasul buat semua kan...semoga kita semua lebih dekat dengan baginda dan mengikut sifat-sifat terpuji baginda..sempena cuti 4hari ada bosan dan ada yang best...kalau best tu maknanya kaki ini sedang merayap merata-rata la tue...

kalau nak ikutkan hari sabtu dan ahad memang tak ada buat apa-apa just duduk rumah dan merehatkan diri...BOSAN yang teramat sangat..keja tidur,makan,tengok tv sambung balik tidur...boleh pulak facebook pun rasa bosan....hari ahad tu tengok ada la kawan2 yang semangat memasak automatik semangat nak memasak itu membuak2...

ni la rupa yang tak seberapa nak cantik macam kak ana buat...tapi rasa dia sama macam secret recipe ok...

dari depan pulak..sama je kaler coklat ni ngan kak ana 

Bukak peti ais check barang cukup ke tak nak buat coklat mousse..memang teringin sgt nak buat benda alah ni...godek2 blog kak ana cari resepi dia..tengok2 telur ada 2biji je jadi tak dapat la buat banyak cuma dapat 1 adunan bermakna 2cawan jela...takpe la nanti buat lagi kan..ni kira test la...resepi dia ikut bulat-bulat kak ana cuma gambar dia lain la dan tak semenarik kak ana..tak tau la malas benar nak amek step by step..tak reti lar...kalau korang nak resepi dia meh la pergi blog kak ana ni ada macam-macam...resepi kak ana bagi ni untuk 1adunan yer untuk 2orang makan...ok la lain kali aku update pasal tiramisu pulak yer..mood belum sampai nak buat tapi teringin nk buat macam kak ana buat...

p/s:selasa pun buat lagi kali ni 2adunan dapat la 4orang makan..gambar tak ada malas nak amek...

Friday, January 20, 2012

Semanis kurma~

Assalammualaikum....Selamat pagi....

Tak jawab dosa...kalau jawab sayang...semalam tertarik dengan isu KAHWIN SUDAH NIKAH BELUM yang dikupas oleh Ustazah Siti Nurbahyah dan suami dalam Semanis Kurma...Gejala yang kian meruncing dalam kehidupan anak muda sekarang...

Bila hubungan yang dibina berlandaskan nafsu semata-mata maka terjadinya bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan, dan macam-macam lagi la...kalau kita fikirkan ape yang bermain difikiran remaja masing-masing tak dapat nak jawab...

Aku paling tertarik apabila ustaz memesan kepada ibu bapa peluk lah, puji lah, belai lah anak anda sebelum lelaki lain peluk, puji, dan belai anak anda...bila aku fikirkan apa yang dicakap sangat betul..apabila hubungan anak dengan ibu bapa mesra maka setiap langkah yang cuba dibuat pasti dikongsi bersama...

Isu ini bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada pengajaran...mana yang tidak baik marilah kita mengambil iktibar daripada isu yang dikupaskan semalam yang mana baik kita ikut....semoga kita dilindungi daripada godaan syaitan dan diperkukuhkan iman didada supaya dapat menilai yang mana baik yang mana tidak...

nanti aku cari balik video semanis kurma semalam untuk tontonan bersama-sama...bak kata orang tak salahkan kita berkongsi ilmu untuk kebaikan sesama manusia dan sesama islam...nak sambung kerja dipagi jumaat..akhir kata haruslah la sayang...