Friday, January 20, 2012

Semanis kurma~

Assalammualaikum....Selamat pagi....

Tak jawab dosa...kalau jawab sayang...semalam tertarik dengan isu KAHWIN SUDAH NIKAH BELUM yang dikupas oleh Ustazah Siti Nurbahyah dan suami dalam Semanis Kurma...Gejala yang kian meruncing dalam kehidupan anak muda sekarang...

Bila hubungan yang dibina berlandaskan nafsu semata-mata maka terjadinya bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan, dan macam-macam lagi la...kalau kita fikirkan ape yang bermain difikiran remaja masing-masing tak dapat nak jawab...

Aku paling tertarik apabila ustaz memesan kepada ibu bapa peluk lah, puji lah, belai lah anak anda sebelum lelaki lain peluk, puji, dan belai anak anda...bila aku fikirkan apa yang dicakap sangat betul..apabila hubungan anak dengan ibu bapa mesra maka setiap langkah yang cuba dibuat pasti dikongsi bersama...

Isu ini bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada pengajaran...mana yang tidak baik marilah kita mengambil iktibar daripada isu yang dikupaskan semalam yang mana baik kita ikut....semoga kita dilindungi daripada godaan syaitan dan diperkukuhkan iman didada supaya dapat menilai yang mana baik yang mana tidak...

nanti aku cari balik video semanis kurma semalam untuk tontonan bersama-sama...bak kata orang tak salahkan kita berkongsi ilmu untuk kebaikan sesama manusia dan sesama islam...nak sambung kerja dipagi jumaat..akhir kata haruslah la sayang...


No comments: