Tuesday, January 24, 2012

Sambungan ~ Semanis Kurma

Assamulaikum...

Tak jawab dosa jawab tanda sayang...lanjutan dari entry ini ada lagi yang nak dikongsikan untuk kawan-kawan....kat sini kita dimaklumkan supaya tidak bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan dan eloklah dibatasi hubungan itu dan elaklah 4P yang ramai suka buat apa yang dimaksudkan oleh Ustazah Nurbahyah ni..P yang pertama ialah JANGAN PANDANG LEBIH2 - kena tunduk pandangan mata antara lelaki dan perempuan..kena jaga mata masing-masing lepas ni...P yang kedua pulak ialah PEGANG sebelum bernikah jangan berpegang tangan orang yang bukan muhrim kamu..P yang ke-3 pulak ialah PELUK-kat sini ditekankan tidak boleh memeluk jika bukan suami isteri kalau terasa nak peluk gak pergi la peluk pokok ke hape..hehehe...dan P keempat ialah PENZINAAN..

Jika seseorang itu mahu berubah dari apa yang mereka telah buat minta ampun dari Allah dan bertaubat dengan tidak melakukan zina...paling penting 5H iaitu HATI- bulatkan hati yang kita mahu berubah dan tidak akan melakukan penzinaan..berubah kerana Allah bukan kerana sesiapa instifar supaya hati kita kuat dan tidak mengulangi lagi penzinaan...H kedua ialah HAMPIRI ORANG YANG POSITIF...ikut program keagamaan di masjid dll..H ketiga ialah HINDARI kawan-kawan yang lama,hindari sms yang lama..H yang keempat ialah HAJAT kejar cita-cita yang tidak tercapai dan H yang kelima ialah HIJRAH.


ada 2 ayat yang telah diberi kepada kita iaitu Surah Al- Jin Ayat 2 dengan Surah Toha Ayat 1-5...yang mana baik kita ikut yang mana tidak baik kita jauhi..salam sayang moga kita semua di lindungi daripada godaan syaitan..AMIN..



No comments: