selamat malam yer korang...sekarang ni tengah malam bile menulis sal entry ni...kali ni malas nak cite panjang2 nak taip panjang2..nak pikir ape yang nak tulis..jamu mate jerla ye...hehehe..avah jer..gamba2 ni sume kiteorang mase kenduri kawen mayam dan g open house umah kwn2....tarikh bile kiteorang pegi kat gambo tu da ade so xyah la cite lelebihkan....sile la..sile la..jamu mate anda..dorang ni geng skolah merangkap my bff...
Showing posts with label Kasih Sayang. Show all posts
Showing posts with label Kasih Sayang. Show all posts
Sunday, September 25, 2011
Monday, May 9, 2011
Gelagat Nur Aqilah Farzana...
Selamat malam.....ini ada video yang dirakam semase tunggu anep g beli KFC tok hari ibu....ingatkan makcik nakbelanje makan satay madu ari ni..pegi2 kedai tutp la pulak...nk beli kek mesti tade sebab ramai beli kek sempena hari ibu ni kan..jadi last pilihan beli jela KFC...ni buat video khas tok diri sendiri...geli pulak makcik dengar sore sendiri..gedik dungguh sore makcik dalam ni...ala..tak yah cover2 da MEMANG gedik kan..hahahah...
Ni budak manje yang keletah bercakap...paling tak tahan dengar sore makcik yang gedik....
ni sore makcik yang gedik dan anak buah makcik yang cute macam makcik..hehehhe...
Sunday, March 20, 2011
perasaan....
Jatuh Cinta?????
entah..sebenarnya aku takut untuk jatuh cinta lagi....
bukan serik cinta dulu tidak kesampaian...
tapi entah..aku cukup bahagia memegang status Miss S buat mase ini...
takut aku tidak dapat memberi masa dan perhatian apabila aku terjebak dalam dunia percintaan...
tak sanggup lagi aku kehilangan seseorang yang pernah wujud dalam diri ini...
tetapi aku tidak akan mengelak sekiranya Maha Pencipta membuka hati ini sekali lagi..
siapalah aku mahu menghalang ketentuan Allah...
dimana setiap hambanya telah tercipta berpasangan2...
tidak ku tahu bilakah waktu itu akan tiba...
perasaan aku ketika ini begitu takut untuk berkawan dengan insan bernama lelaki...
entahlah...aku takut berdepan dengan kekecewaan...
bukan mudah aku bangkit dari kelukaan ini...
aku sangka hubungan selama 5tahun akan berakhir dengan kegembiraan tetapi telah ditetapkan hanya sampai waktu itu sahaja...
aku pasti apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang Allah telah tetapkan...
aku sematkan dalam hati kisah aku ini tidaklah seteruk insan lain...pasti ada insan yang lebih terluka berbanding kisah aku...
sekarang aku gembira dengan hidup aku....lebih tenang dan lebih kuat barangkalinya...
untuk kawan2ku yang sedang berbahagia aku tumpang sekali kegembiraan yang korang miliki sekarang...
doakan yang terbaik buat sahabatmu ini...
doakan juga hati ini terbuka untuk menerima cinta yang baru...
kepada sahabat2 yang senasib dengan aku...aku harap bertabahlah sahabat...
sesungguhnya Allah menguji hamba yang dikasihinya...
pasti ada pelangi nan indah selepas hujan ditengahari....
Label:
Cinta,
Kasih Sayang,
merepek merapu...
Tuesday, March 15, 2011
6 Rahsia mempertahankan cinta..
kali ni kita bercerita tip-tip mempertahankan cinta bagi pasangan yang telah berumah tangga.info ni ada dalam majalah Keluarga harmoni bil.153...
Mempertahankan rasa cinta terhadap pasangan bukan sesuatu yang mudah. Seiring masa berlalu, rasa cinta yang bermukim di hati pasti menjadi pudar. Jesturu,pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pasangan untuk mengembalikan keindahan cinta dalam hubungan yang terbina...
1. JANGAN MENGUBAH PASANGAN
Dalam memastiakn hubungan sentiasa berada didalam keadaan harmoni,pasti anda tidak berusaha untuk mengubah pasangan kerana sekuat mana pun anda berusaha,anda tidak mampu melakukannya. Jesteru,ubahlah diri anda sendiri agar dapat menjadi pendamping terbaik untuk pasangan. Paling penting, cubalah untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangan selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan agama.
2. JANGAN TAKUT BERTENGKAR
Bertengkar dengan pasangan bukan perkara menyenangkan. Namun, ada kalanya pertengkaran mampu mendekatkan diri anda dan pasangan. Malah pakar perhubungan menjelaskan bahawa mencapai kata sepakat setelah bertengkar memberi pengaruh yang sangat baik pasa suatu hubungan. Jadi, jangan takut untuk bertengkar asal sahaja anda tidak dikuasai emosi dan mampu mengendalikan situasi dengan baik. Biarpun begitu, jangan terlalu kerap bertengkar terutama perkara-perkara remeh.
3.JANGAN MENCARI KESALAHAN
Elakkan mencari kesalahan dan menuding jari ke arah pasangan. ANda tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah jika bersikap keras kepala dan saling menyalahkan di antara satu sama lain. Situasi itu hanya akan menambahkan kebencian dan memburukkan keadaan sehingga membawa bencana dalam rumah tangga. Oleh itu, adalah paling penting bagi anda untuk belajar mengendalikan dan menyelesaikan masalah tanpa saling menyalahkan.
4.TUNJUKKAN RASA CINTA
Jangan malu untuk menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan.LAkukan perkara-perkara rutin yang membahagiakan anda dan pasangan seperti dialam percintaan dan si awal perkahwinan. Ini kerana tindakan lebih bermakna daripada kata-kata. Kalau anda berasa bahagia dan bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup anda,lakukan sesuatu sebagai tanda penghargaan terhadap kasih sayang yang diberikan. Ingatlah,perhubungan yang lama terbina juga perlu dipupuk dengan perhatian dan kasih sayang untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinan. Dan menunjukkan cinta serta penghargaan kepada pasangan dengan cara mesra adalah lebih efektif daripada hanya sekadar meluahkannya.
5.TERIMA SEGALA KEKURANGAN
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.Setiap insan memiliki kelebihan dan kekurangan diri. Janganlah hanya memandang kepada kekurangan diri pasangan sebaiknya fikirkan juga kelebihan dan kebaikan yang ada pada dirinya. Jesteru, berusahalah untuk menerima segala kekurangan yang ada dalam diri pasangan kerana menerima pasangan seadanya adalah kunci kebahagian rumah tangga.
6.PERTAHANKAN KEMESRAAN
Pernikahan bukan noktah untuk bermesraan. Oleh itu, pertahankan kmesraan yang telah tercipta agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam keadaan aman bahagia. ungkapkan kata-kata pujian yang mampu menyenangkan hati pasangan kerana ia mampu memupuk kemesraan. Pujian dan kata-kata baik diungkapkn kepada pasangan boleh memberikan impak positif terhadap hubungan suami isteri.
Kredit:Majalah Keluarga Harmoni bil.153..
Subscribe to:
Posts (Atom)
