Tuesday, March 15, 2011

6 Rahsia mempertahankan cinta..



kali ni kita bercerita tip-tip mempertahankan cinta bagi pasangan yang telah berumah tangga.info ni ada dalam majalah Keluarga harmoni bil.153...

Mempertahankan rasa cinta terhadap pasangan bukan sesuatu yang mudah. Seiring masa berlalu, rasa cinta yang bermukim di hati pasti menjadi pudar. Jesturu,pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pasangan untuk mengembalikan keindahan cinta dalam hubungan yang terbina...

1. JANGAN MENGUBAH PASANGAN
Dalam memastiakn hubungan sentiasa berada didalam keadaan harmoni,pasti anda  tidak berusaha untuk mengubah pasangan kerana sekuat mana pun anda berusaha,anda tidak mampu melakukannya. Jesteru,ubahlah diri anda sendiri agar dapat menjadi pendamping terbaik untuk pasangan. Paling penting, cubalah untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangan selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan agama.

2. JANGAN TAKUT BERTENGKAR
Bertengkar dengan pasangan bukan perkara menyenangkan. Namun, ada kalanya pertengkaran mampu mendekatkan diri anda dan pasangan. Malah pakar perhubungan menjelaskan bahawa mencapai kata sepakat setelah bertengkar memberi pengaruh yang sangat baik pasa suatu hubungan. Jadi, jangan takut untuk bertengkar asal sahaja anda tidak dikuasai emosi dan mampu mengendalikan situasi dengan baik. Biarpun begitu, jangan terlalu kerap bertengkar terutama perkara-perkara remeh.

3.JANGAN MENCARI KESALAHAN
Elakkan mencari kesalahan dan menuding jari ke arah pasangan. ANda tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah jika bersikap keras kepala dan saling menyalahkan di antara satu sama lain. Situasi itu hanya akan menambahkan kebencian dan memburukkan keadaan sehingga membawa bencana dalam rumah tangga. Oleh itu, adalah paling penting bagi anda untuk belajar mengendalikan dan menyelesaikan masalah tanpa saling menyalahkan.

4.TUNJUKKAN RASA CINTA
Jangan malu untuk menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan.LAkukan perkara-perkara rutin yang membahagiakan anda dan pasangan seperti dialam percintaan dan si awal perkahwinan. Ini kerana tindakan lebih bermakna daripada kata-kata. Kalau anda berasa bahagia dan bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup anda,lakukan sesuatu sebagai tanda penghargaan terhadap kasih sayang yang diberikan. Ingatlah,perhubungan yang lama terbina juga perlu dipupuk dengan perhatian dan kasih sayang untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinan. Dan menunjukkan cinta serta penghargaan kepada pasangan dengan cara mesra adalah lebih efektif daripada hanya sekadar meluahkannya.

5.TERIMA SEGALA KEKURANGAN
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.Setiap insan memiliki kelebihan dan kekurangan diri. Janganlah hanya memandang kepada kekurangan diri pasangan sebaiknya fikirkan juga kelebihan dan kebaikan yang ada pada dirinya. Jesteru, berusahalah untuk menerima segala kekurangan yang ada dalam diri pasangan kerana menerima pasangan seadanya adalah kunci kebahagian rumah tangga.

6.PERTAHANKAN KEMESRAAN
Pernikahan bukan noktah untuk bermesraan. Oleh itu, pertahankan kmesraan yang telah tercipta agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam keadaan aman bahagia. ungkapkan kata-kata pujian yang mampu menyenangkan hati pasangan kerana ia mampu memupuk kemesraan. Pujian dan kata-kata baik diungkapkn kepada pasangan boleh memberikan impak positif terhadap hubungan suami isteri.

Kredit:Majalah Keluarga Harmoni bil.153..



2 comments:

alawiah raji said...

aden br baca td...kih3

Cik Nurul... said...

heheheh..ilmu tu kak...sila amalkan bile anda sudah berumah tangga...