Friday, January 27, 2012

Doa mengawal kemarahan

Assalamualaikum...

Mesti korang jawabkan...tak jawab dosa tau..jawab tandanya sayang...sebenarnya mata dah mengantuk tapi tak rasa nak tidur lagi..jadi godek lappy pergi website sana website sini tiba2 nampak entry bagus pasal doa mengawal kemarahan...korang boleh pergi baca dekat page ni AtapHijau.Macam-macam yang ada dalam page ataphijau ni untuk renungan kita bersama-sama..

Doa ni bukan nak tujukan dekat sapa-sapa sebenarnya lebih untuk diri sendiri...sebab kebelakangan ni aku agak kurang dapat mengawal kemarahan atau lebih tepat emosi...nak-nak sekarang ini pantang dicuit mulalah mulut laju membalas..aku taknak orang sekeliling aku terasa dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ini..Jom kita muhasabah diri kembali kepada sifat penyabar..penatlah marah2 ni..tak awek muda la asyik nak marah jer..korang tak rasa penat ke kalau marah-marah..mesti taknak cepat tua kan..jom kita amalkan doa mengawal kemarahan ni bersama..


Doa Menghilangkan Rasa Marah :

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”


Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :



La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.

Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”




Doa Menjauhkan Permusuhan :


Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”

TAKDER TAJUK...

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa....jawab sayang...selamat malam..saja nak buat entry sebelum tidur..tak kerja pun penat kalau kerja lagi penat kot...esok kerja pada hari jumaat..mood???kena kuat kot..biasalah cuti nak kerja balik MALAS.Malam ni sebelum tidur kena tetapkan niat bangun esok kena senyum dan semangat..takmo malas2 yer...

Tadi sempat tengok semanis kurma lagi tajuk boleh tahan hot jugaklah..yang tu nanti lar aku kupas dan simpul pendapat aku...ini semua pendapat aku tidak kait mana2 pihak mahupun menyindir ok..kadang2 tak salah berkongsi ilmu..

Tak payah la cita benda serius dalam ni cuma nak cakap minggu ni ada family gathering dekat rumah sepupu maka dengan itu akan ada lar entry pasal keluarga besar aku kan...masa untuk berkumpul dan merancang aktiviti pada tahun ni selain tu perkembangan family masing2 kot...

Taknak tau ker cuti sebab apa?cuti sebab nak hantar adik balik kem plkn je pun...sampai bercuti ko yer senah...itular bukan nak cakap apa lar...nama pun kakak dan anak mestilah jalankan tugas..tak kisah la cuti pun kalau tak bersyukur dapat kakak macam ni taktau lah...dah hantar ke hentian kajang kiteorang g IKEA pulak..haha3..benda aku boleh cakap..TAK BEST...mungkin sebab takdak arah tujuan tu yang tak best...serabutlah ramai orang dalam tu..pening kepala tengok ramai orang..dah la malas nak merapu panjang2 esok pagi aku coretkan sedikit dalam ni..Sebelum tidur jom kita dengar lagu dekat bawah ni...Selamat malam semua..Wassalam..


p/s:Tak dapat air 100plus pun nak merajuk....Nurul Farhana..Nurul Farhana...Alahai anak mak...

Wednesday, January 25, 2012

Random

Assamualaikum...

Tak jawab dosa jawab sayang...sementara tunggu geng join reban jadi aku dengan ringan tangan menaip dekat diari yang kadang2 tak privete pun...segan la orang mintak nak baca apa yang aku tulis ni...kadang2 macam kanak2 ribena pun yer dok menulis..lebih kepada merapu sebenarnya..

Hari ni kan baru start kerja lepas cuti chinese new year kan...memang dah tahu tahap kemalasan sungguh tinggi...tak payah nak kelentong kata rajin...tambah2 ada lawatan 5S dekat unit aku maka bertambah la malas aku nak buat kerja...bukan apa kalau aku buat kerja telinga mesti disumbatkan dengan gaban...layan lagu sambil buat kerja..wahhh..seronok okeh...Pasal lawatan tu sebenarnye ok jer tapi oleh sebab tempat aku menjadi laluan utama maka aku melarikan diri dari bermastautin disitu...tak boleh la orang tgk aku buat keje ni ha..nak nyanyi pun terganggu...(okeh...suara tak sedap..)

Nak dipendekkan cerita hari ini kerja yang aku buat dari pagi sampai petang ialah berborak,mengacau orang lain,berchat dgn geng2,makan,update blog,baca cerpen dan sambung borak...ha3 sungguh takda kerjakan...tapi kalau tengok meja nurul farhana ada jer fail2 belum buat...xpela mood tak sampai lagi jumaat dengan senang hati siapkan kerja tu semua...lupa pulak nak cakap sebenarnya aku dok hadap pc baca cerpen dengan edit picture aku ngan anak2 buah tersayang....macam2 gambar la aku buat....ada ber2..ada ber4...dah jemu tengok wall lama jadi tukar supaya lebih semangat buat kerja...(hahahaha..semakin lama semakin poyo ayat aku dalam ni...)


Yang ni wall lama aku dekat pc tu dah jemu so aku tukar yang baru lepas edit dan cantum2 gambar2 anak2 buah aku...yang kt bawah ni aku tukar sikit la patern dia..nanti bulan 5 aku masuk kan anak buah aku yang baru pulak..asyik gambar dengan anak buah jer..anak sendiri bila lagi???aku tunggu suami penyayang idaman aku yang pernah aku tulis dulu...InsyaAllah tak boleh nak kata bila aku tamatkan zaman bujang..calon belum jumpa lagi...rasanya cukup la aku bercinta lepas nikah..penat la bercinta sakan tapi tiada penghujung...chop2..jangan bagi aku bukak cerita lama la...kata redha dengan ujian Allahkan....


Cantik tak?pandaikan aku edit bagi semua orang perasan muka2 kesayangan aku tu...baru semangat nak buat kerja..sori la bersepah sedikit meja aku...yang gambar budak baju pink tu aku lar..comel kan..comelkan... sebab tu anak2 buah semua comel2 belaka rupanya dapat kecomelan dari sapa...maklang dorang lar...(perasan..Sila muntah..). bila mood tak sampai jadi keje tak jalan jadi otak ni rajin je buat benda lain...hasilnya ini lar...ok la nak join reban geng da masuk jumpa lagi yer..Wassalam..

p/s:Esok cuti....borang dah isi tak isi dalam Hrmis lagi...

Like maklang like anak buah



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Gambar yang kat atas tu comel tapi yang bawah tu seksa ok...adooiiii..sejak bila aku suke ambik gambar gedik2 camni...layankan jer...eh..eh..lupa nak bagi salam...Assalamualaikum...tak jawab dosa..jawab sayang....

Tuesday, January 24, 2012

Sambungan ~ Semanis Kurma

Assamulaikum...

Tak jawab dosa jawab tanda sayang...lanjutan dari entry ini ada lagi yang nak dikongsikan untuk kawan-kawan....kat sini kita dimaklumkan supaya tidak bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan dan eloklah dibatasi hubungan itu dan elaklah 4P yang ramai suka buat apa yang dimaksudkan oleh Ustazah Nurbahyah ni..P yang pertama ialah JANGAN PANDANG LEBIH2 - kena tunduk pandangan mata antara lelaki dan perempuan..kena jaga mata masing-masing lepas ni...P yang kedua pulak ialah PEGANG sebelum bernikah jangan berpegang tangan orang yang bukan muhrim kamu..P yang ke-3 pulak ialah PELUK-kat sini ditekankan tidak boleh memeluk jika bukan suami isteri kalau terasa nak peluk gak pergi la peluk pokok ke hape..hehehe...dan P keempat ialah PENZINAAN..

Jika seseorang itu mahu berubah dari apa yang mereka telah buat minta ampun dari Allah dan bertaubat dengan tidak melakukan zina...paling penting 5H iaitu HATI- bulatkan hati yang kita mahu berubah dan tidak akan melakukan penzinaan..berubah kerana Allah bukan kerana sesiapa instifar supaya hati kita kuat dan tidak mengulangi lagi penzinaan...H kedua ialah HAMPIRI ORANG YANG POSITIF...ikut program keagamaan di masjid dll..H ketiga ialah HINDARI kawan-kawan yang lama,hindari sms yang lama..H yang keempat ialah HAJAT kejar cita-cita yang tidak tercapai dan H yang kelima ialah HIJRAH.


ada 2 ayat yang telah diberi kepada kita iaitu Surah Al- Jin Ayat 2 dengan Surah Toha Ayat 1-5...yang mana baik kita ikut yang mana tidak baik kita jauhi..salam sayang moga kita semua di lindungi daripada godaan syaitan..AMIN..



Monday, January 23, 2012

bila hati berkata-kata..

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa...jawab sayang...haii korang...tak tau ada ke tak orang baca ape yang aku dok merepek dalam ni...kalau orang baca malu pun yer..baik tak yah ada yang baca sangat...segan la pulak kadang2 blog ni da macam diari pun ye jugak kadang2 da macam hati pun kan...kadang2 marah kat orang tak elok marah dekat orang tu jadi menulis baik untuk kesihatan...(merepek sudah...)

bukan apa kadang2 hati ni berkata-kata entah kenapa aku sendiri pun tak tahu...nak2 sejak bersendirian ni lagi senang hati terdetik sana terdetik sini...semua ni berpunca semalam mata ni gagal melelapkan diri sedangkan jam sudah 3.30 pagi...banyak benda kepala ni berfikir apa yang telah terjadi...kadang2 hati tak tipu bila hati terasa gundah gelana entah disebabkan apa...

akhirnya hati aku berkata apa yang terjadi ada hikmahnya yang kadang2 kita tak perasan pun manisnya sesuatu dugaan yang diberi...bangun pagi aku positifkan diri bahawa hidup ni kadang apa yang PAHIT itu kadang2 MANIS dan MANIS itu boleh jadi PAHIT...terima dengan hati terbuka...REDHA dengan apa yang telah ditetapkan...

Alhamdulillah...sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan kawan yang berdiri kukuh dibelakang insan bernama nurul farhana ab jalil..yang tidak mengambil kesempatan yang benar-benar ikhlas berkawan...untuk korang serius aku sayang sangat korang....korang tempat aku ketawa dan aku menangis...semoga persahabatan kita berkekalan hinggan hujung nyawa aku dan ikatan persahabatan kita ni diredhai Allah...walaupun kadangkala persahabatan kita diuji dengan pelbagai ujian...

Wahai sahabatku...sesungguh aku tidak pernah menyesal korang menjadi sebahagian dari hidupku...tak pernah menyesal berkenalan dengan korang semua...tak kira apa pun terjadi aku harap ikatan kita bina ini akan diteruskan oleh anak-anak kita pulak.....(ok tahun depan nak nikah...cari calon dulu..semoga dipermudahkan oleh-NYA..)

kadang2 tak tahu nak cakap macam mana yang aku sayang kawan2 aku semua...tak terluah dengan kata-kata...nak buat macam mana nurul farhana bukan seseorang yang terlalu mudah menunjukkan kasih sayang dia....dan itu yang terjadi apabila dalam 5tahun bukan selalu nak sebut i luv u ke ape bende...orang lelaki ni suka kalau hari2 dengar gf sebut 1,2,3 ni kan..tapi tak boleh la..malu okeh...ok tak payah bukak cerita 5tahun tu kan...karang emosi takleh tido lagi...

Taknak cakap banyak2 kalau hati ini berbicara esok pun tak habis..cukup2 la hati berkata-kata...kadang2 tak salah menjadi Rahsia Hati...bukan semua benda hati ni nak berkata-kata...mungkin kali hati perlu berkata-kata dan menzahirkan dalam diari ni.....weeehhhh...tak menahan nak bermadah-madah memalam buta ni....Nak cakap TERIMA KASIH jadi sebahagian dari hidup ni...jadi tulang belakang aku...jadi tempat aku berkongsi gembira mahupun sedih...THANK everything yer....

"Apa pun yang terjadi ku kan selalu ada untukmu...janganlah kau bersedih coz everything's gonna be okay"

p/s:malu lah bila cakap pasal perasaan ni...semalam hati gundah gelana dengar lagu sedih je pun...

Friday, January 20, 2012

Semanis kurma~

Assalammualaikum....Selamat pagi....

Tak jawab dosa...kalau jawab sayang...semalam tertarik dengan isu KAHWIN SUDAH NIKAH BELUM yang dikupas oleh Ustazah Siti Nurbahyah dan suami dalam Semanis Kurma...Gejala yang kian meruncing dalam kehidupan anak muda sekarang...

Bila hubungan yang dibina berlandaskan nafsu semata-mata maka terjadinya bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan, dan macam-macam lagi la...kalau kita fikirkan ape yang bermain difikiran remaja masing-masing tak dapat nak jawab...

Aku paling tertarik apabila ustaz memesan kepada ibu bapa peluk lah, puji lah, belai lah anak anda sebelum lelaki lain peluk, puji, dan belai anak anda...bila aku fikirkan apa yang dicakap sangat betul..apabila hubungan anak dengan ibu bapa mesra maka setiap langkah yang cuba dibuat pasti dikongsi bersama...

Isu ini bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada pengajaran...mana yang tidak baik marilah kita mengambil iktibar daripada isu yang dikupaskan semalam yang mana baik kita ikut....semoga kita dilindungi daripada godaan syaitan dan diperkukuhkan iman didada supaya dapat menilai yang mana baik yang mana tidak...

nanti aku cari balik video semanis kurma semalam untuk tontonan bersama-sama...bak kata orang tak salahkan kita berkongsi ilmu untuk kebaikan sesama manusia dan sesama islam...nak sambung kerja dipagi jumaat..akhir kata haruslah la sayang...


Sunday, January 15, 2012

sabtu yang panjang

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa jawab sayang....semalam hari sabtu harus lah bersenang lenang...mana ade senang lenang hari sabtu la rajin nak g sana nak g sini.pagi-pagi lagi mak da gerak ajak g kl shopping...kekonon nak g awal pagi last2 g kol 11 pagi...kalau g kl je park keretz dalam sogo selamat sikit apeQ pun sejuk je tak panas kan...

lepas park terus pegi nagoya cari kain nak buat baju raya...hahahaha...kemain semangatkan cari kain awal2...haruslah cari kain awal nanti kecian my fren a.k.a izan nak buat baju..dah la dia pun goverment staf part time jahit baju nanti kelam kabut bila dapat tempahan untuk raya..baru bulan 1 pun da banyak orang hantar kain jadi nak memudahkan kerja dia dan kerja aku baik hantar awal2...

dalam pilih2 kain tu tanya mak boleh beli bape pasang kain?ok...mak kata 4 cukup lar...hhihihihi...dapat baju raya 4pasang...pilih punya pilih mata asyik nampak pink jer...hadoi...oh mata..takde kaler lain laie ker...xpe2 kite cari lain...bila cukup je 4 pasang tibe2 nampak 1kain ni cantiknyer...tanye ngan mak boleh tambah lagi 1 tak???sekali dapat tambah 1 lagi..total beli semalam 5pasang...dan paling best kami anak beranak dapat 5pasang sorang...hihihih..mak2...

Part habiskan duit dah lepas kena anta my apeQ di buat rawatan pulak...kena tunggu ayah hantar jadi [ergi jinjang umah maklong dok borak2 dengan sampai kol5.30 baru hantar bengkel kereta pergi buat balancing ngan aligment..(ntah betul ke tak aku sebut pun taktau...hihihihi)...pas abes buat pergi lagi umah maklong makan malam pulak duduk la sampai kol9 malam....pastu terus balik rupenye mata makin teruk bawak kereta memalam ni...kompom la spek mata bakal dibuat tak lama lagi....

minggu depan apeQ kena g klinik lagi nak buat rawatan lagi...nampaknye ada pergi keje berhantar...kompom la sampai awal..xpela demi kamo buah hati pergi la jumpa doktor kalau tak merajuk sakit girlpren kamu ni...hari ni hari ahad takder pulak aktiviti nak buat cuma nak kemas bilik je pasni..nak kemas novel2 tu sume..banyak sangat pulak dah...mana nak letak pun tak tahu...rajin membeli rajin membaca kenalah rajin mengemaskan....ok lah nak sambung mengemas....sekian..

p/s: Tak reti nak tulis pendek2...bukan nurul farhana la kalau tak tulis panjang-panjang...

Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah...

kesinambungan untuk tahun 2012 ni aku bersyukur dimurahkan rezeki..oleh sebab aku ni salah seorang penjawat awam (Takmo gune perkataan kakitangan dah sbb bukan kaki ngan tgn je wat keje...) untuk tahun 2012 kami dikabarkan bakal menerima kenaikan gaji walaupun tidak banyak tetapi aku bersyukur dengan rezeki yg diberi..

bila gaji da naik taraf hidup makin meningkat dan paling mengembirakan aku telah memiliki harta sendiri...
Alhamdulillah dengan limpahan rezekiMu Ya Allah...selepas beberapa tahun tiada harta yang aku boleh istiharkan tapi untuk 2012  ade la 1...semoga Allah tetapkan hati ini ikhlas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanah kepada ku seperti mana aku yang pernah aku berjanji dulu...

Semoga rezeki yang aku terima dariNya diberkati dan dimurahkan rezeki aku...dan paling penting supaya aku tidak riak dengan rezeki yang diberikan kepada ku dan mendabik dada dengan sebarang harta yang telah aku miliki..Sesungguhnya apa yang aku miliki adalah rezeki dari-Nya...Alhamdullillah..aku bersyukur...

"Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi"

Monday, January 2, 2012

Entry baru tahun baru...

Selamat tahun baru...Rasa lama pulak tak menulis kat blog ni...
bila sebut je tahun baru mesti masing-masing da ada azam kan...
aku punya azam 2011 ade yang tercapai jadi bawak untuk tahun 2012
ingatkan balik dari bercuti rajin nak menulis tapi yang ado nampaknyer...

untuk tahun 2012 ni aku harap bersinar-sinar la hidup ni...
bukan 2011 tak bersinar cume nak lagi bersinar...
untuk tahun ni kalau diizinkan aku nak jadi lebih baik dari sebelum-sebelum ni...
tutup buku lama buka buku baru orang kata...(InsyaAllah kalau diizinkan..)
lupa apa yang penah terjadi yang tak best jela..orang kata buat apa kenang benda la lepas...

target tahun ni kalau boleh aku nak kawen...(hahahaha...sila cari calon dulu yer..)
itu target jela..jodoh pertemuan kan ditangan-Nya...
siapa kita nak sangkalkan..tapi paling penting tahun ni tahun aku jadi lebih baik dari sebelum ni..
tak kisah la apa yang baik jela...bukan apa umur semakin meningkat dah tak boleh macam budak2..
maklum la kenkadang aku jadi budak tak cukup umur kan...
jadi seperti kat atas aku nak jadi lebih baik dari sebelum ini...

Jadi umatnya yang solehah...
Jadi anak yang baik buat mak ayah..
Jadi kawan yang menyenangkan...
Jadi maklang yang disayangi anak-anak buah..
Jadi pekerja yang cemerlang..
Jadi apa lagi erk???banyak lagi la..InsyaAllah..

untuk korang selamat menyambut tahun baru semoga apa azam korang untuk tahun ni tercapai..doakan aku menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum2 ni....kalau ikut melodi kurang kontrovesi tingkatkan prestasi.....

Nota kaki: Taknak lagu sedih-sedih untuk tahun 2012...